Sabtu, 14 Julai 2012

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


Tikus Serang Padi <b>Pokok Sena</b>, <b>Di</b> Mana Ahli Parlimennya <b>...</b>

Posted: 01 Jul 2012 06:18 PM PDT

POKOK SENA - Lebih 100 petani terpaksa menanggung kerugian apabila kira-kira 117 hektar sawah padi milik mereka dekat Kampung Bendang Jabi dekat sini, diserang tikus sejak sebulan lalu.
Tinjauan mendapati, rata-rata padi di kawasan itu menjadi reput dan rebah selepas diserang tikus. Turut kelihatan plastik yang dipacak di tengah sawah bagi mengelak serangan haiwan pemusnah itu.

Petani, Azmi Abu, 44, berkata, dia terpaksa menanggung kerugian apabila sawah yang diusahakannya hampir tujuh hektar musnah kira-kira 80 peratus.


Menurutnya, kawasan sawah padi di sini tidak pernah diserang tikus sebelum ini dan musim pertama tahun ini merupakan kejadian pertama kali berlaku yang melibatkan hampir keseluruhan kawasan sawah padi di situ.

"Musim lalu, kawasan sawah ini diserang penyakit bom namun tidak serius seperti serangan tikus kali ini sehingga menyebabkan seluruh padi petani reput.

"Sia-sia usaha kami selama ini. Padi yang diusahakan sudah menjangkau usia tiga bulan dan sedang di tahap mengeluarkan bunting," katanya

Azmi berkata, kos modal bagi proses membajak, membeli padi benih, menabur, membaja, meracun dan lain-lain, termasuk kos menyewa sepanjang tiga bulan mengusahakan sawah padinya mencecah RM10,000.

"Selalunya saya dapat pendapatan bersih kira-kira RM20,000, tetapi kali ini usaha saya sia-sia dan saya tidak sangka akan mengalami kerugian seperti ini besar," katanya.

Seorang lagi petani, Abu Bakar Abd Rahman, 56, berkata, dia tidak sangka sawahnya akan diserang tikus, walaupun rata-rata batas ban di kawasan itu dibersihkan.

Katanya, dia kecewa kerana hampir lapan hektar kawasan sawah padi yang diusahakannya turut musnah selepas seminggu diserang tikus.

"Selepas seminggu padi diserang, baru kami sedar dan mendapati pokok padi bertukar coklat dan reput akibat bunting padi dimakan tikus.

"Masalah petani di kawasan ini tidak pernah diambil perhatian pihak berkenaan sejak sekian lama," katanya

Katanya lagi, pelbagai usaha dilakukan sehingga ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk membeli racun tikus, namun usaha mereka gagal kerana pelbagai racun yang digunakan tidak berkesan.

Seorang lagi petani, Fadzli Ahmad Affandi, 29, berkata, dia hilang sumber pendapatan berikutan masalah yang dihadapi kerana hanya bergantung kepada pendapatan hasil padi.

Menurut petani-petani tersebut, hingga sekarang tiada langsung wakil dari Ahli Parlimen atau Adun yang berkaitan turun untuk bertanya khabar mengenai perkara ini.
Sikap lepas tangan sebegitu sungguh mengecewakan, dan mereka hanya turun apabila tiba musim mengundi. kata salah seorang dari petani terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan