Isnin, 16 Julai 2012

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


10 FAKTA MENARIK BAGI <b>NEGERI KEDAH</b> | Darulaman &#39;Dot&#39; My

Posted: 13 Jul 2012 09:05 AM PDT

1. Merupakan negeri yang mempunyai kerajaan terawal di Malaysia (kerajaan Kedah Tua) bermula pada kurun pertama Masihi lagi. Namun secara umumnya, kerajaan Langkasuka ( asal kepada kesultanan Kedah hari ini) dikatakan dibina
pada kurun ke-2 Masihi.

2.
Kerajaan Langkasuka diasaskan oleh Merong Mahawangsa dan merupakan sebuah kerajaan Melayu-Hindu.
3. Tetapi pada kurun ke-11 ia berubah menjadi kerajaan Islam sepenuhnya. Kedah merupakan
negeri pertama di Malaysia yang menerima kedatangan Islam, lebih awal
dari Terengganu (batu bersurat-kurun ke-14) dan Melaka kurun ke-15.
4. Kesultanan Kedah hari ini merupakan Kesultanan tertua di dunia yang masih bertahan sehingga kini (anda boleh melihat buktinya di Muzium Diraja Kedah di Alor Setar).

5.
Kesultanan Kedah juga merupakan legasi monarki kedua tertua di dunia yang masih bertahan sehingga kini. Monarki pertama tertua di dunia adalah keluarga diraja Jepun.

6.  
Dahulunya negeri Kedah juga terdiri daripada Pulau Pinang, Perlis dan sebahagian Thailand (Pattani). Jika dicampur kesemua ini, Kedah mungkin akan menjadi negeri ke-7 terbesar di Malaysia selepas Terengganu. Namun keluasan Kedah sekarang adalah dibelakang Terengganu (tempat ke-8).
7. Perdana Menteri pertama Malaysia berasal dari Kedah, iaitu Tunku Abdul Rahman. Perdana Menteri Malaysia yang paling lama memegang jawatan (selama 22 tahun) iaitu Tun Dr. Mahathir juga berasal dari Kedah.
8. Penduduk Kedah adalah ke-6 teramai di Malaysia.
9.Bangunan tertinggi di Kedah ialah Menara Alor Setar, yang juga merupakan menara telekomunikasi ke-21 tertinggi di dunia
10. Berikut merukakan trivia tentang negeri Kedah :
Ibu negeri Alor Setar
Pusat pentadbiran Anak Bukit
Tarikh Hari Keputeraan Sultan 28 November 1927


Koordinat Geografi 2 30 U, 112 30 T
Iklim Tahunan 2,390 (94.09)
Jumlah hujan tahunan 2000mm ~ 2500mm
Puncak tertinggi Gunung Jerai (1,217 m)
Sungai terpanjang Sungai Muda
Tasik terbesar Tasik Pedu


Daerah terbesar Sik (124,450 km persegi)
Daerah terkecil Yan
Kawasan paling padat Alor Setar (3,518.6/batu persegi (1,358.55/km²) )
Penanaman utama Padi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan