Rabu, 8 Ogos 2012

02 di jitra - Google Blog Search

02 di jitra - Google Blog Search


Hari Raya Berdarah Buat Peniaga Melayu <b>Di Jitra</b> Angkara Majlis <b>...</b>

Posted: 31 Jul 2012 12:12 AM PDT

Aneh sungguh perangai Majlis Daerah Kubang Pasu kerana tindakan yang mereka ambil dilihat seperti pembodek dan penjilat taukeh-taukeh besar, sehinggakan mereka tidak peduli dengan kekejaman yang sedang mereka lakukan, bakal menyebabkan Kerajaan Negeri sekarang ini terdedah sebagai lemah, korup dan penzalim. 

Atau dalam bahasa yang lebih mudah faham, semakin dekat umat Islam hendak berhari raya, semakin giatlah juga penindasan dan kezaliman yang dijalankan oleh PBT yang motif mereka, sudah dapat dibaca.

Hari ini, sepatutnya upacara merobohkan 8 gerai Melayu di hadapan Pasaraya Yawata, Jitra telah dijalankan oleh anggota-anggota penguatkuasa Majlis Daerah Kubang Pasu.

Notis perobohan tersebut telah diserahkan kepada kelapan-lapan orang pemilik gerai menjual pakaian di hadapan pasaraya berkenaan pada 30 Julai 2012.

Anehnya, dakwa peniaga-peniaga bermusim itu, pemilik Pasaraya Yawata sebelum ini telah memberikan kebenaran kepada mereka untuk menjual pakaian di hadapan premisnya. Bagaimanapun, tindakan MDKP bagaikan ingin menjaga hati taukeh pasaraya tersebut dengan bertindak kejam tanpa menghiraukan kebenaran yang telah diperolehi oleh peniaga-peniaga terbabit. 

Sudahlah untung tak seberapa, kini kelapan-lapan pemilik gerai itu, terpaksa berputih mata, menanggung kerugian dan dimalukan oleh Majlis Daerah Kubang Pasu yang mungkin berasakan tindakan menjaga hati taukeh Yawata lebih mulia dan lebih afdal. 

Perniagaan bermusim seperti yang sedang melanda di seluruh negara sekarang, sebenarnya bukanlah baru. Sebelum Yawata atau gedung-gedung perniagaan besar lain wujud, fundamental kepada perniagaan besar itu adalah peniaga-peniaga kecil. Malah peniaga-peniaga kecil banyak memberikan sokongan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada pasaraya dan gedung-gedung lebih besar. 

Mungkin kerana terlalu ingin menjaga hati dan perasaan taukeh-taukeh yang ada banyak duit dan boleh menghantar hamper-hamper besar ke pejabat Majlis menjelang penghujung Ramadan nanti, maka pegawai-pegawainya memutuskan untuk terlebih dahulu menjaga hati dan mengampu serta membodek walaupun ianya kelihatan amat menjijikkan. 

Jutatarget: HOMESTAY <b>DI JITRA</b> KEDAH

Posted: 19 Jul 2012 05:33 AM PDT


Jommm balik kampung... cari tempat menginap ? 
Sekiranya anda ingin ke Jitra atau Alor Setar untuk...
 Kenduri-kendara?, Melawat saudara-mara?, Hantar anak masuk 'U', Kolej atau Asrama?,  Berkursus?  Melancong?

Kami ada segala galanya !!!!
Lokasi yang strategik beralamat di
No 78, Lorong 4
Darul Aman Jaya
Jitra, Kedah
Kemudahan homestay

Rumah teres 2 tingkat, 4 bilik tidur berhawa dingin dan berkipas angin & 3 bilik mandi, ruang tamu dan ruang keluarga yang luas, meja makan, TV, cerek elektrik, seterika, peti sejuk
Pasaraya besar, kedai makan, warong dan restoran, Seven-Eleven, KFC, Pusat-pusat Pengajian (IPDA, POLIMAS, UUM, ILP Jitra, SMSAH, Kolej Komuniti, MRSM Kubang Pasu, IKBN Jitra, IAB Utara dll)
 Hanya RM200.00 semalam.
Untuk melihat kekosongan tempahan dan keterangan lanjut, boleh layari laman web kami, http://www.snarhomestay.com

Untuk pertanyaan/tempahan

En. Rahman       : 019-952 2363
Pn. Saruvari       : 019-477 2363

Tiada ulasan:

Catat Ulasan