02 di kuala kedah - Google Blog Search |
- SAMPAH TAK DIKUTIP <b>DI KUALA KEDAH</b> | Kamaluddin's Blog
- Masyarakat Cina Teruja Cara Ketua UMNO <b>Kuala Kedah</b> Temui <b>...</b>
- Bukti Program UMNO Guna Sekolah <b>di Kuala Kedah</b> « Syabab <b>...</b>
SAMPAH TAK DIKUTIP <b>DI KUALA KEDAH</b> | Kamaluddin's Blog Posted: 07 Jul 2012 02:15 PM PDT - Jul 8, 2012 05:15:54. Dua kanak-kanak melihat timbunan yang tidak dikutip oleh Syarikat Tinjauan mendapati sampah yang tidak dipungut sejak dua minggu lalu Syarikat swasta terbabit yang dilantik kerajaan negeri dibawah pimpinan Kerajaan negeri pimpinan PAS perlu lebih tegas dan bertanggungjawab Pemandangan sebegini tidak patut berlaku selain bau busuk serta Posted by Kamaluddin @ 阿列克斯 on Jul 8, 2012 05:15:54. Filed under Mobile. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry |
Masyarakat Cina Teruja Cara Ketua UMNO <b>Kuala Kedah</b> Temui <b>...</b> Posted: 23 Jan 2012 12:05 AM PST Kategori Dari BahagianMasyarakat Cina Teruja Cara Ketua UMNO Kuala Kedah Temui MerekaALOR SETAR, 23 Jan – Masyarakat Tionghua di Kuala Kedah yang menyambut Tahun Baru teruja dengan sikap Ketua Umno bahagian itu Datuk Latt Shariman Abdullah, yang juga Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, menemui mereka untuk mengucap selamat Tahun Baru Cina, hari ini. Latt Shariman yang disertai hampir 50 ahli Kelab Basikal Kuala Kedah memulakan program lawatan itu seawal pukul 7.30 pagi bermula di Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit, kemudian ke DUN Kubang Rotan dan Pengkalan Kundor. Dalam kayuhan sejauh lebih 60 kilometer itu, beliau singgah di kawasan-kawasan ramai masyarakat Cina dalam ketiga-tiga DUN dan beramah mesra dengan mereka sambil mengucapkan Selamat Tahun Baru serta menyampaikan angpau. Kebolehan beliau bercakap bahasa Cina loghat Hokkien turut menarik perhatian mereka terutama golongan muda Cina yang ditemui. Petani di Kampung Hilir, Kubang Rotan, Lim Soon Hoi, 63, berkata dia terkejut dikunjungi Latt Shariman yang datang dengan mengayuh basikal bersama rombongannya. "Ini sejarah bagi kami menerima kunjungan seorang Ketua Umno Bahagian semasa menyambut Tahun Baru yang datang dengan mengayuh basikal. Anak-anak dan cucu-cucu saya amat teruja dengan sikap Datuk Latt," katanya. Seorang lagi warga emas yang juga nenek kepada dua cucu dari Kampung Hilir, Suan Eng, 54, sangat berbesar hati menerima kunjungan orang Melayu terutama ketua Umno ke rumahnya untuk mengucap selamat Tahun Baru. Latt Shariman turut disambut penuh kemesraan masyarakat Cina Taman Desarina, Kuala Kedah, persinggahan terakhirnya kira-kira pukul 1 tengah hari. Wakil penduduk, Thow Yuk Sian, 58, berkata mereka berterima kasih kerana daya usaha Latt Shariman menyelesaikan masalah banjir kilat yang melanda Taman Desarina dan dua taman bersebelahan sejak empat tahun lepas. "Kami telah banyak kali meminta Majlis Bandaraya Alor Setar dan wakil rakyat mengambil tindakan namun inisiatif Latt Shariman berhasil menyelesaikan masalah banjir kilat yang melanda setiap kali hujan lebat," katanya. Bercakap kepada pemberita selepas itu, Latt Shariman berkata menolak cemuhan kerajaan negeri bahawa beliau berlagak seolah-olah wakil rakyat kerana membantu rakyat yang datang meminta bantuan. Beberapa blog pro parti pakatan membuat tuduhan itu berikutan tindakan Latt Shariman memberi bantuan menurap jalan rosak dan membaiki longkang di beberapa taman di sekitar Kuala Kedah yang dilanda banjir kilat sejak dua tahun lepas. "Apa yang saya lakukan adalah kehendak kerajaan Barisan Nasional agar setiap masalah dan aduan rakyat ditangani. Kita tidak boleh membiarkan mereka hidup dalam keadaan tidak selesa," katanya. Berita Bertarikh Pada 4:05 PM |
Bukti Program UMNO Guna Sekolah <b>di Kuala Kedah</b> « Syabab <b>...</b> Posted: 13 Apr 2012 08:49 AM PDT 13 Apr Pihak kita kesal dan kecewa kerana program parti kerajaan pusat (UMNO parti komponen BN), dibenarkan mengadakan program di sekolah yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan juga saranan kerajaan yang menegaskan tidak boleh sama sekali unsur-unsur politik berada di sekolah. Namun sebaliknya yang berlaku. Seperti lagak seorang 'pemerintah' di negeri Kedah, BN terutama UMNO boleh sewenang-wenangnya menggunakan institusi sekolah untuk tujuan politik, manakala PAS (baca pembangkang) tidak dibenarkan sama sekali apatah lagi jika mahu berprogram di sekolah. Ini salah satu bukti, betapa UMNO boleh sahaja menjalankan program mereka di sekolah. Contoh di bawah, adalah gambar sebuah banner program UMNO Kuala Kedah baru-baru ini di Sekolah Menengah Tunku Aziz, Simpang Empat Kangkong yang berada dalam kawasan Kuala Kedah. Nilailah sendiri. |
You are subscribed to email updates from di kuala kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan