02 di sungai petani - Google Blog Search |
Man Sate <b>di Sungai Petani</b> | JuadahMalaysia.com Posted: 17 Jul 2012 07:50 PM PDT Assalam… Dua tiga hari lagi umat islam bakal menyambul bulan Ramadahan Al-Mubaraq. Jadi sebelum sya melangkah lebih jauh utk mencoretkan lokasi bazar ramadhan & menu2 utk berbuka puasa dan bersahur minggu depan, apakata sblm tu saya kongsikan satu lagi tempat makan yg patut korang cuba sekiranya tersesat di Sungai Petani, Kedah. Kali ni sya nak bawa korang makan sate ! Ada sesiapa peminat sate? Sebenarnya gerai ni dah lama saya dan mr suami pegi. Cuma baru harini ada kerajinan nak tulis kat blog & kongsi pd korang semua.
Best sangat ker ? Sungguh berbeza ketika kami menikmati sate di sini. Rasa rempah pada daging sate tersebut cukup kuat untuk berdiri sendiri tanpa perlu dicicah dengan kuahnya. Seperti sate di tempat lain, rasa Man Sate ada rasa ramuan wajib seperti serai, lengkuas, bawang, asam jawa dan pelbagai rempah-ratus lain cuma seakan ada satu ramuan rahsia yang membangkitkan lagi rasa daging yang diperap itu.
Macamana nak sampai sini? Senang je …. apabila ambil jalan PLUS Highway, exit di Sungai Petani (utara). Jalan terus dan akan jumpa simpang empat. Korang ambik terus dan jalan lagi sampai nampak perumahan Bandar Laguna Merbok di sebelah kanan. Jangan belok mana2 lagi dan teruskan perjalanan sehingga jumpa satu simpang empat (ada trafik light). Jalan ni orang lalu kalau nak ke Jeti Sungai Merbok. Beloklah ke kanan maka korang akan nampak sebuah gerai di sebelah kanan…ha…nampak penuh org paking kereta di tepi jalan kan?… Nampak Gerai Nan? ha… gerai sate ni betul2 kat depat pintu masuk gerai Nan tu la. juadah 1 : tunggu entri berikutnya sya akan review Gerai Nan pula. juadah 2 : anda ada pengalaman makan sate di sini? atau anda ada cadangan lain utk makan sate di Sungai Petani / di Kedah. jom kongsikan dikotak komen di bawah. |
You are subscribed to email updates from di sungai petani - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan