Jumaat, 21 September 2012

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Najib, Rosmah Ziarah Bekas Ketua UMNO <b>Kuala Kedah</b> Terlantar <b>...</b>

Posted: 30 Aug 2012 06:35 AM PDT

Di sebalik jadual padat sempena lawatan kerja sehari ke Kedah hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sempat meluangkan masa kira-kira 30 minit menziarahi bekas Ketua UMNO Kuala Kedah, Datuk Zakaria Said, yang terlantar sakit angin ahmar di rumahnya di Darulaman Heights, dekat Jitra, petang tadi.

Najib dan Rosmah yang tiba kira-kira jam 4.20 petang sejurus selesai program Rumah Terbuka Aidilfitri 1Malaysia BN Kedah di Stadium Darul Aman, dekat Alor Star disambut mesra keluarga Zakaria yang diwakili anak sulungnya, Sazali, 42.

Sambil melahirkan rasa berbesar hati dengan kunjungan Perdana Menteri dan isteri, Sazali menegaskan kehadiran pemimpin nombor satu negara itu diharap dapat menaikkan semula semangat bapanya untuk pulih seperti sedia kala.

"Saya sekeluarga amat berbesar hati dan berterima kasih di atas kesudian Datuk Seri Najib dan isteri melawat bapa yang terlantar sakit akibat serangan angin ahmar.

"Walaupun dalam keadaan tidak boleh bercakap, bapa masih mengenali orang yang mengunjunginya," katanya lagi.

Beliau berkata, Datuk Seri Najib turut mengimbau kembali kenangan bersama bapanya ketika sama-sama berjuang dalam UMNO.

Perdana Menteri katanya, turut menitipkan harapan agar bapanya sembuh kembali dan pihak keluarga tidak berputus asa demi kebaikan dan kesejahteraan orang tuanya itu.

Datuk Zakaria adalah bekas exco Pemuda UMNO ketika Datuk Seri Najib menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia diserang angin ahmar sebanyak tiga kali hingga menyebabkan sebahagian badan sebelah kanan tidak boleh digerakkan.

Beliau bertanding di kawasan DUN Anak Bukit sejak 1982 dan memenangi kerusi tersebut selama tiga penggal berturut-turut.

Pada PRU 1995, Datuk Zakaria menang kerusi Parlimen Kuala Kedah menewaskan bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadhil Noor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan