02 di kuala kedah - Google Blog Search |
DuitDariOnline - Internet yang sungguh SUPERB!: Kota <b>Kuala Kedah</b> Posted: 21 Sep 2012 08:20 PM PDT Kota Kuala Kedah juga dikenali sebagai Kota Kuala Bahang merupakan salah sebuah daripada kota bersejarah yang dibina oleh orang-orang Melayu yang terletak dalam negeri Kedah, Malaysia. Kota Kuala Kedah yang terletak di Alor Setar merupakan merupakan satu kompleks sejarah popular di Kedah. Kota Kuala Kedah menjadi salah satu tumpuan para pelancong untuk melawat bangunan peninggalan sejarah yang berkaitan dengan negeri Kedah. Kota Kuala Kedah memiliki pelbagai peninggalan artifek sejarah, antara lain termasuk peninggalan bekas kota, meriam dan paparan maklumat mengenai sejarah Kota Kuala Kedah yang terkenal itu. Pintu besar kota Kuala Kedah ini dibina di atas perintah Almarhum Sultan Abdullah Mukarram Shah II ibni Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muazzam Shah (1778-1789) dan bermula dari 10 Safar 1185H (Mei 1771M) dan siap pada tahun 1194H (1780M) sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin ibni Sultan Abdullah Mukarram Shah II. Baginda bersemayam di sini pada 1803. Setelah pihak Inggeris mengambil alih, pihak Inggeris membina sebuah pintu gerbang empat segi yang mengadap ke arah jambatan Alor Melaka. Sumber: Wikipedia Hah, itulah serba sedikit cerita tentang Kota Kuala Kedah. Saya sempat gak berkunjung ke sini setiba dari Jeti Kuala Kedah..sebenarnya baru pulang dari Pulau Langkawi..turun je dari jeti tros amek kereta yang di parking berbayar. Sekitar jeti Kuala Kedah ni ada banyak tempat parking berbayar untuk kita parking keter kita untuk ke Pulau Langkawi. Round2 sikit jea, memang kalo parking sini xda masalah..anda boleh pilih parking berbumbung ke atau tak, don't worry sebab ada pak guard jaga kereta anda tu. Ok, berbalik kepada kota Kuala Kedah tadi..Setibanya masuk tengok macam ada sebarisan tembok batu..bila masuk dalam tengok ada sebuah rumah kayu tengah2..rupa-rupanya tu adalah muzium Kota Kuala Kedah. Huhu, puas hati gak la berjalan-jalan kat dalam kota nih,bila penat tu dok tepi tembok sambil angin sepoi-sepoi bahasa dari selat Melaka bertiup tenang..memang mendamaikan! |
You are subscribed to email updates from di kuala kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan