02 di kuala kedah - Google Blog Search |
Polis tahan 111 motosikal dalam Ops Samseng Jalan Raya <b>di Kuala</b> <b>...</b> Posted: 23 Sep 2012 03:14 AM PDT KUALA KEDAH: Polis menahan 111 motosikal dalam Ops Samseng Jalan Raya di Kampung Padang Garam, Kota Marina, Kuala Kedah dekat sini, semalam. Operasi yang bermula jam 3 petang dan berakhir kira-kira 11 malam diketuai Ketua Polis Trafik Kota Setar, Deputi Superintendan Jamil Ahamed, menahan 132 remaja berusia lingkungan 14 dan 21 tahun termasuk 15 remaja perempuan yang terlibat dalam aktiviti merempit. Ketua Polis Kedah, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, 86 motosikal disita kerana penunggangnya melakukan pelbagai kesalahan seperti pengubahsuaian kenderaan, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh. "Kita bebaskan 25 motosikal yang mempunyai lesen memandu, cukai jalan selain motosikal mereka tidak diubah suai, selain ujian air kencing negatif," katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata, polis turut menahan empat remaja lelaki yang positif dadah. Tinjauan ketika operasi malam tadi mendapati ibu bapa remaja yang ditahan menunggu di luar pagar Balai Polis Kuala Kedah untuk melihat kelibat anak masing-masing sebelum membawa mereka pulang. Kesemua remaja terbabit kemudian dibebaskan selepas menjalani ujian air kencing manakala motosikal yang disita akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar. – BERNAMA, 17 September 2012. Filed under: Berita Tagged: | Lesen L, Lesen P, B2, Lesen, JPJ, kejara, kemalangan, pemandu, saman, Lesen memandu, Berita, akhbar, undang-undang, PDRM, kompaun, polis, motorsikal, PBT |
You are subscribed to email updates from di kuala kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan