Ahad, 23 September 2012

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


Laporan Polis Terhadap Imam Masjid An-Najah, <b>Padang Serai</b> <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2012 01:51 AM PDT

Ekoran pendedahan yang dibuat oleh beberapa buah blog tentang khutbah Jumaat yang dibacakan oleh khatib jemputan bernama Mohd Halizal bin Allias di Masjid An-Najah, Padang Serai pada Jumaat 7 September 2012, seramai 20 orang penduduk tempatan telah berkumpul dan kemudian membuat satu laporan polis di Balai Polis Padang Serai diketai oleh Mohamad Taridi bin Darus mewakili qariah Masjid An-Najah, Padang Serai. Selepas itu, perhimpunan bantahan turut diadakan di luar Balai Polis Padang Serai.

Dalam khutbahnya, Mohd Halizal yang telah dijemput oleh Imam masjid berkenaan, menyatakan kononnya, Mursyidul dan beberapa orang tok guru kepada ulama-ulama Ikhwanul Muslimin telah bermimpikan Rasulullah s.a.w pada tahun 1998. Dalam mimpi mereka, Rasulullah s.a.w telah menunjuk Anwar Ibrahim sebagai penyelamat Islam di Malaysia dan ASEAN.

Ketika itu, Anwar Ibrahim adalah penyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sebelum kemudiannya diterajang keluar dari kabinet dan keahliannya dalam UMNO digugurkan kerana salahlaku dan seks luar tabie. Dakwaan itu kemudiannya dipanjangkan ke mahkamah dan Anwar Ibrahim didapati bersalah kerana melakukan salahguna kuasa dan meliwat bekas pemandu peribadi isterinya yang bernama Azizan Abu Bakar. 

Anwar Ibrahim bagaimanapun, sehingga kini menyatakan bahawa semuanya itu adalah palsu dan fitnah semata-mata. Bagaimanapun, pada masa yang sama, sehingga sekarang, Anwar Ibrahim tidak dapat menafikan atau menyanggah bukti-bukti yang dibawa ke mahkamah dalam kes berkenaan. 

Namun, pada 2005, campurtangan dan masalah teknikal menyaksikan Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara. 

Dalam bantahan berkenaan, dilaporkan hadirin memaparkan empat placard yang bertulis: 

1. KAMI HENDAK KHATIB TEMPATAN

2. JANGAN BERPOLITIK DI DALAM MASJID

3. IMAM SILA LETAK JAWATAN

4. JANGAN SESATKAN KAMI

Bantahan berkenaan bagaimanapun, tidak disertai oleh pemimpin-pemimpin politik tempatan selain mendapat liputan daripada beberapa agensi berita seperti BERNAMA, RTM dan BERNAMATV.

Isu khatib jemputan sebenarnya sudah berlarutan sekian lama. Masjid An-Najah berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Kedah (MAIK). Pada masa yang sama, masjid berkenaan turut menerima bantuan dan geran daripada Kerajaan Persekutuan. Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan, masjid berkenaan telah dijadikan sebagai markas PAS menerusi pelbagai aktiviti politik yang sangat cenderung kepada PAS dan Pakatan Rakyat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan