02 di pokok sena - Google Blog Search |
- Jengka 19: Utusan Online - Utara
- Subhanallah! Mayat Seorang Lelaki <b>Di Pokok Sena</b> Tidak Reput <b>...</b>
- Tikus Serang Padi <b>Pokok Sena</b>, <b>Di</b> Mana Ahli Parlimennya <b>...</b>
Jengka 19: Utusan Online - Utara Posted: 09 Sep 2012 03:37 AM PDT
| |||
Subhanallah! Mayat Seorang Lelaki <b>Di Pokok Sena</b> Tidak Reput <b>...</b> Posted: 02 Aug 2012 06:09 PM PDT Gambar mayat yang tidak reput ini diambil pada 28/4/2004 di Masjid Banggol, Pokok Sena, Kepala Batas, P. Pinang. Mayat ini adalah mayat seorang lelaki (Haji Mohsin) yang meninggal dunia akibat strok pada tahun 1987 (17 tahun yang lalu). Arwah meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak perempuan yang ketika itu masih kecil lagi. Alhamdulillah, kesemua anak-anak perempuannya berjaya (doktor, pharmacist dan lulusan Al-Azhar) dan isterinya, seorang surirumah, amat aktif dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal pelajar-pelajar perempuan pondok Madrasah Khairiah Islamiah di Pokok Sena dan sering memberi kelas agama kepada kaum-kaum ibu. Arwah meninggal dunia dalam lingkungan umur lewat 40 tahun dan beliau adalah seorang pegawai JAKIM yang amat merendah diri dan sentiasa menjaga kata-katanya. Sahabat penulis sempat menziarahi arwah setahun sebelum beliau meninggal dunia dan berkomunikasi dengannya menggunakan pen dan kertas. Kubur bersebelahan (di dalam gambar) yang telah dikorek itu adalah untuk ibu saudara sahabat penulis yang meninggal pada hari tersebut. Syukur Alhamdulillah, beliau berpeluang melihat mayat walaupun sekerat badan sahaja (sebahagian lagi ditimbus tanah). Mayatnya seperti baru ditanam semalam dengan daging serta otot-otot tangan dan kaki kelihatan seolah masih 'segar' lagi. Disebabkan hujan lebat pada malam sebelumnya, kain kafan yang basah dan melekat pada tubuhnya memperlihatkan betapa kuasa Allah kadangkala melewati batasan logik akal manusia. Kain putih yang membaluti jasad juga seolah 'terpelihara'. Jika dilihat pada gambar yang dilampirkan, dibahagian atas itu ialah kepalanya yang dilapik dengan bantal tanah. Kisah ini sewajarnya dijadikan renungan untuk semua... bagaimana pula keadaan kita di kubur nanti? Kala jasad bersendirian tanpa taulan selain amal jua... ingatlah, janji Allah tetap benar. Dia akan menjaga hamba-hambanya yang sabar, beriman, bertaqwa dan beramal salih. أَوَلَمۡ نُعَمِّرۡكُم مَّا يَتَذَڪَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَآءَكُمُ ٱلنَّذِيرُ..؟ Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran (peringatan)... http://maiag-menjalara.blogspot.com/2010/05/gambar-mayat-yang-tidak-reput-ini.html | |||
Tikus Serang Padi <b>Pokok Sena</b>, <b>Di</b> Mana Ahli Parlimennya <b>...</b> Posted: 01 Jul 2012 06:18 PM PDT POKOK SENA - Lebih 100 petani terpaksa menanggung kerugian apabila kira-kira 117 hektar sawah padi milik mereka dekat Kampung Bendang Jabi dekat sini, diserang tikus sejak sebulan lalu. Tinjauan mendapati, rata-rata padi di kawasan itu menjadi reput dan rebah selepas diserang tikus. Turut kelihatan plastik yang dipacak di tengah sawah bagi mengelak serangan haiwan pemusnah itu. Petani, Azmi Abu, 44, berkata, dia terpaksa menanggung kerugian apabila sawah yang diusahakannya hampir tujuh hektar musnah kira-kira 80 peratus. Menurutnya, kawasan sawah padi di sini tidak pernah diserang tikus sebelum ini dan musim pertama tahun ini merupakan kejadian pertama kali berlaku yang melibatkan hampir keseluruhan kawasan sawah padi di situ. "Musim lalu, kawasan sawah ini diserang penyakit bom namun tidak serius seperti serangan tikus kali ini sehingga menyebabkan seluruh padi petani reput. "Sia-sia usaha kami selama ini. Padi yang diusahakan sudah menjangkau usia tiga bulan dan sedang di tahap mengeluarkan bunting," katanya Azmi berkata, kos modal bagi proses membajak, membeli padi benih, menabur, membaja, meracun dan lain-lain, termasuk kos menyewa sepanjang tiga bulan mengusahakan sawah padinya mencecah RM10,000. "Selalunya saya dapat pendapatan bersih kira-kira RM20,000, tetapi kali ini usaha saya sia-sia dan saya tidak sangka akan mengalami kerugian seperti ini besar," katanya. Seorang lagi petani, Abu Bakar Abd Rahman, 56, berkata, dia tidak sangka sawahnya akan diserang tikus, walaupun rata-rata batas ban di kawasan itu dibersihkan. Katanya, dia kecewa kerana hampir lapan hektar kawasan sawah padi yang diusahakannya turut musnah selepas seminggu diserang tikus. "Selepas seminggu padi diserang, baru kami sedar dan mendapati pokok padi bertukar coklat dan reput akibat bunting padi dimakan tikus. "Masalah petani di kawasan ini tidak pernah diambil perhatian pihak berkenaan sejak sekian lama," katanya Katanya lagi, pelbagai usaha dilakukan sehingga ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk membeli racun tikus, namun usaha mereka gagal kerana pelbagai racun yang digunakan tidak berkesan. Seorang lagi petani, Fadzli Ahmad Affandi, 29, berkata, dia hilang sumber pendapatan berikutan masalah yang dihadapi kerana hanya bergantung kepada pendapatan hasil padi. Menurut petani-petani tersebut, hingga sekarang tiada langsung wakil dari Ahli Parlimen atau Adun yang berkaitan turun untuk bertanya khabar mengenai perkara ini. Sikap lepas tangan sebegitu sungguh mengecewakan, dan mereka hanya turun apabila tiba musim mengundi. kata salah seorang dari petani terbabit. |
You are subscribed to email updates from di pokok sena - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan