Khamis, 20 September 2012

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


Mahfuz, Elok Tengok-Tengok Sama Port Dadah Ayam Laga <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 20 Sep 2012 02:43 AM PDT

Mahfuz Omar, nama yang sangat 'hebat'!

Bukan kerana hebatnya dia bekerja atau menjalankan amanah selaku Ahli Parlimen atau wakil rakyat, tetapi hebatnya dia kerana dia sentiasa terlalu sibuk dengan pelbagai isu yang langsung tiada kena-mengena dengannya. Hebatnya Mahfuz Omar sekarang ini ialah bagaimana dia berusaha untuk menjatuhkan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak yang digelarkannya sebagai ORANG TUA BERPENYAKIT.

Sebelum ini, dia terlupa bahawa dia hanyalah Ahli Parlimen Pokok Sena dan bukannya Menteri Besar Kedah mahupun Pesuruhjaya PAS Kedah. Dia bercakap dan memberikan kenyataan mendahului Menteri Besar Kedah dan Pesuruhjaya PAS Kedah. Akalnya agak berkurangan dalam hal ini.

Hari ini, berita tentang penangkapan dan penahanan 39 orang penagih dadah di Kampung Baru, Lesong, Pokok Sena telah tersiar.

Daripada Mahfuz Omar menyibuk tentang hal-hal lain, ada baiknya kalau dia melihat-lihat dan melawat-lawat kawasan yang diwakilinya. Bukankah salah seorang anak lelakinya pernah dipenjarakan kerana kesalahan narkotik di Penjara Alor Star tidak lama dahulu?

Takkanlah kerana anaknya terperangkap dan jatuh ke lembah dadah, maka Lebai Mahfuz Omar nak semua orang lain terlibat sama kut?

Bukankah antara tugas Ahli Parlimen ialah jaga rakyat?

Takkanlah benda-benda sebegitu pun, Mahfuz Omar tak boleh nak jaga? Sekurang-kurangnya bagilah bantuan kepada PDRM yang bertungkus lumus mengejar, menahan, bahkan ada yang tercedera diserang oleh penagih dan tokan dadah di Pokok Sena.

BERITA SELANJUTNYA BACA DI SINI

Kedah La: Perang besar UMNO Bahagian <b>Pokok Sena</b>

Posted: 20 Sep 2012 08:24 PM PDT

Oleh Mat Kering Bakaq Bata Lama tak jenguk kawan2 lama dalam UMNO Bahagian Pokok Sena. Pagi tadi sempat minum di sebuah kedai catok kat pekan Langgar yang kini tak semeriah dulu lagi sejak wujud highway yang melencong di luar pekan tu. Desas desusnya UMNO Pokok Sena kembali bergolak kini apabila nama ketua bahagian, Datuk Ahmad Lebai Sudin tak tersenarai untuk mana-mana kerusi. Dia dok aim Bukit Lada, tiba-tiba nama Datuk Ariffin Man yang jadi top list. Man Sudin harap mokalau tak lekat Bukit Lada bagilah Parlimen Pokok Sena tup tup nama Datuk Dr. Mashitah yang naik. Jadi hijau macam incridible Hulk orang tua tu... "Hang baru masuk politik berapa hari, jadi payung terjun nak mai kacau tempat orang..cehh". Bukan setakat Mat Sudin saja tak senang, Haris Che Mat pun yang dok pulun sakan untuk kerusi Bukit Lada keciwa tiada terkata. Maka.. macam dok katalah, PRU13 nanti 'salam terkalih' akan bergerak kencang lagi di Pokok Sena, khususnya DUN Bukit Lada. La la ni pun ayat mengugut kalau si anu si anu jadi calon sudah tersebar merata tempat. MK saja menduga soalan maut untuk rakan UMNO tadi, "Mat Sudin dulu dah kena gantung buat kerja sabotaj, takkan dia berani buat lagi?" Jawab rakan MK, "Kalau UMNO Pusat nak bertindak tegas terhadap pemimpin bawah yang sabotaj calon sendiri dalam PRU... UMNO akan hilang lebih separuh dari pemimpin UMNO bahagian seluruh negara." Teruk sungguh rupanya penyakit dalaman UMNO nii. Patutlah Najib tak berani nak bubar Parlimen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan