02 di sik - Google Blog Search |
- Kedah Times: Kesal masjid <b>di Sik</b> guna mimbar Jumaat serang <b>...</b>
- TERAWIH BERDARAH <b>DI SIK</b> KEDAH | ArauBlogger Dot Com
- Pelajar Terima “Durian Runtuh” RM1,500 <b>Di Sik</b> | Darulaman 'Dot' My
Kedah Times: Kesal masjid <b>di Sik</b> guna mimbar Jumaat serang <b>...</b> Posted: 20 Jul 2012 10:15 AM PDT Kedah Times pernah mengalami keadaan sebegini satu masa dulu di mukim Belantik. Tapi yang ini agak berbeza sikit. Semasa khatib membaca khutbah, seorang totok PAS bangun ditengah-tengah masjid berceramah secara kuat. Ianya mengganggu konsentrasi pendengar khutbah. Apakah beliau tidak tahu bahawa khutbah ibarat 2 rakaat ganti sembahyang zohor? Selesai sahaja khatib membaca khutbah, beliaupun terus diam. Dan kemudian sewaktu sebahyang jumaat, maka dia dan kumpulannya bersembahyang berasingan. Sembahyang 2 imam. Inilah sebahagian dari tindakan unislamic puak-puak PAS dan kini berterusan berlaku dalam Khutbah pula. APAKAH peranan khutbah Jumaat untuk kepentingan politik semata-mata? Ini adalah persoalan yang saya fikirkan selepas selesai solat Jumaat minggu lalu di salah sebuah masjid di daerah Sik, Kedah. Inilah yang saya dengar antara isi khutbah yang mencuit hati saya sehingga saya rasa berdosa besar kepada Allah SWT. Ini kerana saya beranggapan khutbah itu seperti satu tuduhan kepada pihak kerajaan Barisan Nasional. Dan maka saya sebagai pegawai kerajaan saya rasa berdosa besar kerana membiarkan kerajaan dituduh dalam masjid tanpa kerajaan sendiri dapat mempertahankan diri mereka. Dan yang sedihnya, khatib itu juga adalah pegawai kerajaan yang makan gaji dengan kerajaan Malaysia juga. Bukan tidak boleh mengkritik kerajaan tetapi mengapa di dalam khutbah Jumaat? Apakah kerajaan boleh menjawab tuduhan liarnya itu di dalam masjid? Bukankah negara kita ada pentas untuk membahaskan perkara tersebut di dalam parlimen dan dewan undangan negeri? Bahkan saya tidak kisah jika tuduhan itu dilemparkan di atas pentas semasa ceramah politik parti mereka. Tetapi kali ini saya rasa sedih kerana dibuat semasa khutbah Jumaat yang sepatutnya menggalakkan umat Islam bersatu-padu. Inilah tujuan utama khutbah Jumaat iaitu menyeru perpaduan kerana ia adalah asas Islam itu sendiri seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Setiap khatib dan yang membuat teks khutbah di Malaysia mempunyai amanah yang sangat besar untuk memelihara kekuatan ummah. Jangan memandai menokok tambah sehingga boleh mengelirukan orang ramai. Jika mereka tidak mampu memikul amanah tersebut, maka mereka hendaklah berundur. Ini adalah lebih baik daripada menanggung dosa besar iaitu fitnah-memfitnah dan amalan benci-membenci di dalam khutbah. Masalah umat Islam hari ini terlalu kompleks kerana mereka seperti merosakkan agama mereka sendiri akibat fahaman politik yang bertentangan dengan ajaran Nabi Muhammad SAW. Nabi tidak pernah menganjurkan pakatan dengan orang kafir harbi untuk menghancurkan umat Islam ini yang berlaku di Malaysia sekarang ini. Ia adalah satu keadaan yang jika dibiarkan boleh merosakkan Islam dan seluruh sendi kekuatannya. Lagipun dua negeri seperti Kedah dan Kelantan yang diperintah oleh Pas bukanlah baik sangat pun. Apatah lagi seperti Selangor sebuah negeri paling kaya, tetapi kini dalam dakapan PKR, DAP dan Pas. Malah tidak keterlaluan saya katakan negeri-negeri tersebut seperti kelihatannya bagaikan perumpamaan sebuah labu sedang dibaiki oleh tikus. Rakyat hendak supaya buah labu semakin baik seperti harapan mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, tetapi kini labunya sudah berlubang sana sini pula. Adakah labu seperti ini yang rakyat harapkan? Kesimpulannya, khutbah Jumaat tidak wajar jadi medan tuduh-menuduh dan medan menanam perasaan benci-membenci. |
TERAWIH BERDARAH <b>DI SIK</b> KEDAH | ArauBlogger Dot Com Posted: 21 Jul 2012 08:57 PM PDT Dapat RM5 kalau invite seorang rakan join, klik sini, join sekarang !! Klik sini Support Fan Page Blin.gd !! Ajal maut di tangan Tuhan , begitulah terjadi pada seorang warga mas , difahamkan asalnya merekan nak merompak , tapi jadi pula kes bunuh ... Kepulangan seorang suami daripada menunaikan solat sunat Tarawih 'disambut' dengan tragedi apabila melihat isterinya terbaring tidak bermaya dengan kesan kelar di leher di atas katil bilik mereka di Kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik, dekat sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 9 malam, Halimah Yunus, 66, ditemui dalam keadaan berlumuran darah sebelum disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sik untuk mendapatkan rawatan lanjut. Difahamkan, Halimah adalah bekas Ketua Cawangan Wanita Umno Bukit Hangus sekitar 1990-an namun sudah bersara berikutan keadaan kesihatannya. Suami mangsa, Mee Hashim, 63, berkata dia pulang daripada mengerjakan solat Tarawih jam 9.20 malam sebelum dikejutkan dengan jeritan isterinya yang meminta tolong. "Sebaik mendengar jeritan arwah, saya bergegas masuk ke bilik dan terkejut melihat isteri berlumuran darah dan tidak bermaya. "Ketika itu, arwah masih boleh bercakap dan memberitahu seorang lelaki menyerangnya namun tidak mengenalinya," katanya kepada pemberita di perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semalam. Mee berkata, selepas melihat keadaan isterinya, dia berlari keluar untuk meminta pertolongan orang kampung sebelum menghubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut. Katanya, arwah biasanya pergi bersamanya untuk menunaikan solat sunat tarawih, namun pada malam kejadian dia tinggal di rumah berseorangan berikutan masalah kesihatan. Anaknya, Norliza Mansor, 46, berkata dia sempat berjumpa arwah Rabu lalu dan arwah menyatakan hasrat memakai jubah dan barang kemas perhiasan sempena Aidilfitri, namun tidak menyangka itu hasrat terakhir ibunya. "Saya sudah membeli jubah namun tidak sempat berjumpa emak untuk menyerahkannya. Selain itu, saya bercadang membeli barang kemas perhiasan hari ini (semalam) dan menyerahkan kedua-dua barang itu ketika berbuka puasa, namun tidak kesampaian. "Kami sekeluarga menerima tragedi ini sebagai takdir Tuhan dan reda dengan ketentuan-Nya, tambahan pula kejadian berlaku pada malam pertama Ramadan," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, mangsa cedera parah berikutan kesan kelar di kiri leher dan kehilangan banyak darah sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan. Katanya, berdasarkan siasatan awal, pihaknya menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada percubaan samun berikutan barang kemas mangsa masih ada di tubuhnya. Menurutnya, suspek dipercayai masuk melalui pintu bilik air di belakang rumah mangsa berdasarkan kesan pecah masuk. "Kami masih menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes ini, termasuk motif serangan, sehingga membawa kepada kematian. "Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan," katanya. |
Pelajar Terima “Durian Runtuh” RM1,500 <b>Di Sik</b> | Darulaman 'Dot' My Posted: 27 Jun 2012 06:19 PM PDT SIK 26 Jun – Seramai 168 pelajar di daerah ini yang ditawarkan mengikuti pengajian di politeknik di seluruh negara menerima wang pendahuluan sebanyak RM1,500 seorang bagi membantu mengurangkan beban keluarga mereka melakukan persiapan memasuki institusi itu. Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Mohd. Tajudin Abdulah berkata, pemberian kali pertama bagi Parlimen Sik itu melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM252,000. "Bantuan itu sekali gus membuktikan kerajaan Pusat sentiasa memberi perhatian kepada keperluan dan kebajikan rakyat terutama di kawasan luar bandar," katanya pada majlis penyerahan wang tersebut di pejabat UMNO Bahagian Sik, di sini baru-baru ini. Katanya, bantuan tersebut diberikan tanpa mengira kaum termasuk kepada 10 pelajar kaum Siam demi memastikan setiap lapisan masyarakat berpeluang melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi. Sementara itu, seorang pelajar warga Siam, Sikri Wan, 18, berkata, bantuan tersebut amat membantu golongan memerlukan sepertinya yang tinggal di luar bandar. "Mungkin ada pihak yang sudah senang dan mewah serta tidak memerlukan wang bantuan itu tetapi bagi pelajar seperti saya, bantuan ini amat meringankan beban," kata anak sulung daripada dua beradik itu. Seorang lagi pelajar, Muhamad Asraf Jamil, 18, pula berpendapat, wang bantuan tersebut menjadi pembakar semangat kepada pelajar yang berasal dari kampung sepertinya untuk membuktikan peluang disediakan tidak akan disia-siakan. "Bagi kami di kampung tentunya masih berharap pembiayaan itu kerana ia akan membantu kami meneruskan pelajaran," katanya yang akan menyambung pelajaran di Politeknik Kuantan, Pahang. - Utusan |
You are subscribed to email updates from di sik - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan