02 di sungai petani - Google Blog Search |
Gadis Mati Motosikal Dirempuh Keretapi <b>Di Sungai Petani</b> <b>...</b> Posted: 17 Sep 2012 12:03 AM PDT Salam... Seorang gadis K. Nalini, 18 yang bekerja di sebuah kilang maut dengan badannya terputus dua manakala kakaknya K. Rani, 22 cedera parah selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh kereta api di Jalan Kuala Ketil di Sungai Petani semalam. Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 12.45 tengah malam, adik- beradik yang bekerja di sebuah kilang di Taman Ria Jaya di sini menunggang motosikal untuk pulang ke rumah mereka di Taman Kelisa Ria selepas berkunjung ke rumah rakan di Taman Pekan Baru. Bagaimanapun, motosikal ditunggangi Nalini dirempuh dan diseret kereta api membawa muatan simen selepas mangsa dikatakan menyelinap di bawah palang penghadang landasan yang sudah ditutup. P/s: Jangan la suka-suka hati ja meintas kalau palang keselamatan dah turun, Keretapi bukan senang nak berenti, kurang-kurang 1 kilometer jugak nak berenti kalau laju. Dijemput TWEET @ SHARE @ LIKE @ COPY Boleh komen guna FB jugak |
cEtusAn RasA: Mangsa kemalangan keretapi <b>di Sungai Petani</b> <b>...</b> Posted: 17 Sep 2012 04:30 AM PDT SUNGAI PETANI - Wanita yang cedera dilanggar kereta api sewaktu menyeberang landasan di kawasan melintas di sini lewat malam Sabtu lepas, sudah sedarkan diri namun masih ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda Superintenden Ong Aik Chang berkata K. Rani, 20, sudah boleh bertutur namun pinggang, tangan dan kakinya patah akibat kemalangan itu. "Keadaan mangsa sudah stabil namun masih dirawat di ICU. Setakat ini, kita tidak membuka sebarang kertas siasatan berhubung kes ini. "Ini merupakan kejadian pertama untuk tempoh tahun ini. Kira-Kira tiga tahun lalu, kes kemalangan melibatkan kereta api dilaporkan pernah berlaku di Bedong," katanya ketika dihubungi Bernama. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai sentiasa mengutamakan keselamatan diri sewaktu melintas landasan kereta api, apatah lagi jika palang sudah diturunkan untuk memberi laluan kepada kereta api melalui kawasan tersebut. "Jika palang sudah ditutup, jangan ambil risiko untuk melintas. Biar terlewat sikit sampai ke destinasi asalkan keselamatan diri terjamin," katanya. Dalam kejadian 12.45 malam itu, motosikal dinaiki Rani bersama adiknya, Nalini Devi, 18, sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Kelisa Ria, dilanggar kereta api ketika dua beradik tersebut cuba menyeberangi landasan berkenaan, yang sudah ditutup dengan palang. |
You are subscribed to email updates from di sungai petani - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan