Selasa, 18 September 2012

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Kisah Anak Muda <b>Kedah</b> “Tersepit” <b>Di Negeri</b> <b>...</b> - Suara Generasi Baru

Posted: 13 Sep 2012 08:34 PM PDT

anak kedah

Baru-baru ini penulis ada bertemu dengan sekumpulan anak-anak muda di satu majlis jamuan Aidilfitri anjuran sebuah persatuan anak-anak negeri Kedah di perantauan. Mereka tidak ramai dan hanya berjumlah sekitar 50 orang sahaja.

Antara topik menarik yang menjadi bahan bualan hangat ialah masa depan generasi muda di Kedah yang semakin tidak terbela akibat kurangnya peluang pekerjaan di negeri Jelapang Padi ini.

Menurut mereka, adik-adik mereka terpaksa keluar mencari pekerjaan di luar negeri Kedah, khususnya di Lembah Klang, dan senario itu dilihat seolah-olah mirip dengan apa yang terjadi di negeri Kelantan.

"Kat Kedah ni dah takdak peluang kerja sampai adik aku kena pi Penang, KL sampai ke Johor pasal nak cari kerja", rungut salah seorang dari mereka.

"Kita pun sama juga, kita pun terpaksa kerja di luar Kedah…" jawab seorang lagi rakan.

Mengikut pemantauan mereka, terdapat perbezaan jelas di Kedah kini berbanding di zaman mereka bersekolah dulu di mana peluang-peluang pekerjaan begitu mudah diperoleh tanpa perlu berhijrah ke negeri lain.

Pada pandangan penulis, punca sesebuah negeri kehilangan peluang pekerjaan adalah akibat pembangunan ekonominya yang terbantut dan tidak seiring dengan permintaan.

Misalnya, projek SULIHH di Yan dijangka bakal menyediakan sebanyak 3,000 peluang pekerjaan untuk rakyat negeri Kedah, namun memandangkan projek tersebut tidak dilaksanakan maka ramai anak-anak negeri ini yang terlepas peluang tersebut.

Selain itu, akibat perkembangan ekonomi Kedah yang tidak seiring dengan pembangunan ekonomi negara maka terdapat jurang yang luas berkenaan taraf pendapatan perkapita perkerja di Kedah berbanding di lain-lain negeri.

Misalnya, gaji pokok di sebuah kilang di Pulau Pinang kini mencecah sebanyak RM800 sebulan berbanding di Kedah yang masih lagi ditakuk lama dengan pendapatan sebanyak RM250 sebulan bagi seorang pekerja kilang biasa.

Akibatnya, tahapa pendapatan yang rendah dan tidak mampu menampung perbelanjaan harian akan menyebabkan ramai anak-anak muda ini terpaksa bekerja lebih masa, mencari pekerjaan sampingan dan berniaga di sebelah malam.

Ekoran itu, generasi yang begitu sebok mencari sesuap nasi itu akan hilang fokus dan tidak memiliki ruang kehidupan yang baik untuk diri sendiri kerana terlalu asyik mengejar wang ringgit berbanding di negeri-negeri lain.

Pokok pangkalnya, kerajaan sesebuah negeri itu memainkan peranan utama untuk memacu ekonomi sesebuah negeri dan ia akan menjadi kata kunci untuk mencorak ekonomi generasi akan datang.

Persoalannya, apakah yang boleh diharapkan dari Kerajaan PAS Negeri Kedah yang tiada pengalaman membangunkan ekonomi? Sedangkan projek ternak ikan keli semudah itu pun terpaksa "gulung" tikar, inikan pula projek-projek yang lain?

"Kalau begitu, rasanya kita generasi muda perlu tukar balik kerajaan negeri Kedah ni kepada kerajaan sebelumnya, pemimpin-pemimpin PAS ni hanya tahu ceramah saja siang malam, nak jana ekonomi depa tak tau pun," kata seorang rakan sambil yang lain-lain bersetuju dengan hujah tersebut.

Persoalannya, apa kata anak-anak muda Kedah yang lain? Mahukah mereka memperjudi masa depan mereka dengan memilih kerajaan yang tidak tahu berkhidmat untuk rakyat? Tepuk dada, tanyalah akal yang rasional…



Tiada ulasan:

Catat Ulasan