Ahad, 30 September 2012

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Jalanraya <b>Negeri Di Kedah</b> Berlubang Teruk, Mana Perginya Wang <b>...</b>

Posted: 21 May 2012 08:11 PM PDT

SUNGAI LIMAU – Kedahan69ers.com terus membongkar dan mendedahkan tahap KPI Kerajaan PAS Negeri Kedah yang kononnya men"sejahtera"kan rakyat Kedah dengan masalah jalanraya berlubang dan tidak diselenggara dengan baik.

Padahal, Kerajaan PAS Negeri Kedah menerima sebanyak RM147 juta setiap tahun bagi tujuan penyelenggaraan jalanraya di negeri ini, temasuk menyediakan jalanraya berturap bagi kemudahan rakyat di negeri Jelapang Padi ini.

Bagaimanapun, Exco dan Azizan Razak sebelum ini menyatakan hanya RM54 juta sahaja yang digunakan tahun lalu bagi urusan penyelenggaraan jalanraya negeri, manakala baki RM93 juta lagi disimpan di dalam sebuah "tabung".

Menurut tinjauan yang kami lakukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, hanya beberapa batang jalanraya yang diselenggara dan diturap dengan baik.

Namun, bagi beberapa kawasan lain yang dikenal pasti dihuni oleh kebanyakkan para penyokong UMNO dan golongan "atas pagar" tidak diberikan perhatian sewajarnya.

Antara kawasan yang diabaikan keadaan jalanraya di DUN Sungai Limau ialah Kampung Selengkoh dan Dulang, di mana beberapa lubang dan jalanraya rosak dibiarkan saja tanpa sebarang pembaikan oleh pihak kerajaan negeri.

Ada juga beberapa lubang yang "ditampal" sahaja, namun "tampalan" itu tidak berkesan dan menyebabkan keadaan jalan yang lebih teruk, beralun dan tidak sekata.

Menurut beberapa penduduk kampung yang ditemui, mereka mendakwa bahawa beberapa kemalangan jalanraya telah berlaku di kawasan jalanraya berlubang, beralun dan tidak rata di kawasan mereka.

Kemalangan yang berlaku selalunya membabitkan golongan bermotosikal yang kerap digunakan oleh orang kampung di kawasan berkenaan atas urusan seharian mereka.

"Anak saya pernah terbabas masuk bendang sebab nak mengelak dari lubang tu, mujurlah tak cedera parah..tapi lukadan lebam sana sini la. Dah lama dah lubang tu, tapi depa tak kambuih (perbaiki/tutup) pun lubang tu.

"Depa main tampal tar saja kalau ada lubang, kalau hujan lepas tu terkopak balik, patutnya depa turap la semua..kalau tak turap semua, buat la secara berperingkat," kata seorang penduduk dari Kg. Selengkoh yang enggan disiarkan namanya.

Kedahan69ers.com turut merakamkan beberapa keping gambar di kawasan DUN Sungai Limau bagi tatapan para pembaca dan Menteri Besar Kedah untuk tindakan selanjutnya.

Persoalannya, mengapa Kerajaan PAS Negeri Kedah menyimpan peruntukan penyelenggaraan jalanraya sebanyak RM93 juta itu di dalam "tabung", sedangkan begitu banyak jalanraya yang rosak, berlubang dan perlu diturap atau diperbaiki sepenuhnya di seluruh Kedah.

Apakah peruntukan tersebut diberikan Kerajaan Persekutuan untuk disimpan di dalam "tabung", sedangkan jalanraya yang digunakan oleh rakyat rosak teruk, berlubang di sana sini dan tidak diselenggara dengan baik.

Apakah fungsi "tabung" tersebut? Ada desas desus menyatakan bahawa duit peruntukan yang ditabungkan itu digunakan untuk menampung pembayaran gaji kakitangan kerajaan negeri, membiayai projek kroni-kroni Exco dan kegunaan politik parti PAS Kedah.

Yang pastinya, Kerajaan PAS Negeri Kedah sudah tentu akan menafikan dakwaan desas-desus itu.

Namun jika desas-desus itu benar, jawablah nanti di depan Allah SWT di padang Mahsyar kelak kerana para pemimpin PAS Kedah ini ternyata telah menyalahgunakan amanah yang diberikan rakyat pada Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan