Ahad, 7 Oktober 2012

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


Azizan Perlu Jawab Persoalan <b>Di Baling</b> Sebelum Dikejarkan Ke <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2012 07:05 PM PDT

Nampaknya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak tak senang duduk sejak seminggu dua ini. Apa tidaknya apabila isu Ladang "Sejahtera"nya yang menggondolkan hasil balak di Hutan Simpan Gunung Inas "terlondeh"!

Bermula dari blog, isu pembalakan yang memusnahkan eko-sistem alam semula jadi dan mencemarkan kawasan air terjun Lata Celak melarat sehingga membawa "team" Aduan Rakyat dari TV3 membongkar "projek ibu duit"nya.

Semalam melalui TV3, wartawannya Puspavathy Ramaloo menyiarkan rintihan rakyat dan penduduk kampung di Mukim Kupang, Baling, yang pernah disiarkan oleh Kedahan69ers.com.

Hakikatnya, ia adalah satu isu yang memaparkan bantahan dan penderitaan rakyat hasil kerakusan pihak Kerajaan PAS Negeri Kedah.

Melalui Perbadanan Menteri Besar (MBI) yang menggunakan alasan "Ladang Sejahtera", Hutan Simpan Gunung Inas "ditarah" sehingga gondol sejauh mata memandang.

Kesannya? Bukan sedikit kesan buruk. Dan yang "baik"nya hanya dua perkara saja.

"Baik" yang pertama ialah bagi Kerajaan PAS Negeri Kedah kerana berjaya meningkatkan hasil balak sehingga RM80 juta tahun lalu dan "baik" yang kedua ialah ia dijangka sangat membantu dana Pilihanraya PAS Kedah pada PRU ke-13 nanti.

Kesan buruknya banyak…

Antaranya ialah hakisan tanah yang teruk di mana kesan pembalakan itu menyebabkan tanah runtuh yang berlaku di lereng-lereng hutan dan menjejaskan 'pasak bumi.

Selain itu, eko-sistem hutan simpan kekal itu juga terjejas teruk di mana kehijauan flora dan fauna telah kehilangan habitan semulajadi.

Lebih ketara ialah sumber air bersih lima kampung di sekitar kaki gunung itu tercemar dan keruh.

Rentetan itu, rakyat terpaksa minum air yang tercemar. Rakyat juga terpaksa membasuh dengan air keruh sehingga baju sekolah anak-anak mereka bertukar warna kuning keperangan.

Para penduduk juga terpaksa pasrah menerima ancaman sumber air beracun sekiranya Ladang Sejahtera yang melibatkan tanaman getah di situ.

Ekoran sumber air tercemar, beberapa penduduk di situ juga telah mengalami sakit kulit dipercayai akibat menggunakan air yang bercampur buah beracun yang hanyut di sumber air tersebut.

Struktur jalan raya di kampung-kampung itu juga rosak teruk akibat "dilanyak" oleh lori-lori balak yang keluar masuk dari lokasi pembalakan di kawasan itu.

Lebih mengejutkan, projek pembalakan dan ladang PAS itu didakwa belum mendapat kelulusan EIA dari Jabatan Alam Sekitar.

Jelaslah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak perlu menjawab segera segala persoalan ini. Apakah kerana kerakusan menjana sumber kewangan dan dana PRU, maka kesejahteraan rakyat wajar tidak diendahkan?

Harapnya Azizan tidak perlu dikejarkan ke IJN bagi menjawab isu ini…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan