02 di changlun - Google Blog Search |
<b>Changlun</b> bakal jadi pusat aeroangkasa SUNGAI PETA... - Shafie Nor Posted: 14 Oct 2012 04:12 AM PDT Changlun bakal jadi pusat aeroangkasa SUNGAI PETANI, AHAD, 14 Oktober, 2012: Kerajaan berhasrat membangunkan kawasan Changlun sebagai pusat aeroangkasa berikutan permintaan terhadap bidang itu di Asia semakin meningkat. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, walaupun idea yang dicetuskannya itu masih baharu, namun terdapat beberapa sebab Changlun dijadikan lokasi bagi melaksanakan cadangan tersebut. "Di Changlun sudah ada sebuah syarikat, Asian Composites Manufacturing Sdn. Bhd., yang mengeluarkan komponen kapal terbang Boeing dan kilang terbabit sudah beroperasi sejak 12 tahun lalu. Namun peluang itu tidak digunakan untuk melahirkan industri sampingan atau hiliran, yang menyokong syarikat itu. "Ini merugikan sebenarnya, dari segi peluang keemasan yang terlepas namun masih belum terlambat kerana industri aeroangkasa di Asia, khususnya permintaan terhadap pesawat, paling pesat membangun. Jadi, kita patut guna peluang ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Himpunan Usahawan Wilayah Utara di sini hari ini. Mukhriz berkata, keluasan tanah yang belum dibangunkan di Changlun turut menjadi faktor pemilihan kawasan itu sebagai lokasi cadangan mewujudkan pusat aeroangkasa. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from di changlun - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan