Sabtu, 6 Oktober 2012

02 di gurun kedah - Google Blog Search

02 di gurun kedah - Google Blog Search


bancuh: Penoreh getah maut ditembak - <b>Gurun</b>, <b>Kedah</b>

Posted: 17 Sep 2012 10:40 PM PDT

SUNGAI PETANI - Seorang wanita yang bekerja sebagai penoreh getah, maut terkena tembakan yang dilepaskan sekumpulan lelaki yang terlibat dalam satu pergaduhan berhampiran rumahnya di Ladang Bukit Lembu, Gurun dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, K. Kalyani, 57, dikatakan sedang berehat di hadapan rumahnya bersama suami dan anggota keluarganya yang lain.
Suami mangsa, M. Thannimalai, 63, berkata dia terdengar deruman enjin motosikal dan kereta memasuki kawasan rumah mereka dan kumpulan lelaki itu turut membuat bising di situ.
"Saya terdengar bunyi tembakan namun tidak menyangka salah satu tembakan itu mengenai isteri saya. Saya hanya menyedari apabila melihat isteri saya, yang berada tidak jauh dari saya, jatuh dan darah mengalir laju membasahi kawasan dia rebah," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, hari ini.
Katanya salah seorang anaknya, Kathiraven, 23, turut cedera akibat ditetak kumpulan itu dan kini masih dirawat di HSAH.
"Kami tiada bermusuhan atau berhutang dengan orang dan saya memang tidak menyangka kejadian ini akan berlaku sehingga menyebabkan kematian isteri saya.
Selain Kathiraven, kami ada tiga lagi anak berusia 15, 17 dan 18 tahun," katanya.
Dua lagi mangsa cedera akibat ditetak menggunakan senjata tajam dalam kejadian berkenaan, turut dirawat di HSAH.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Zakaria Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berhubung satu kejadian rusuhan melibatkan sekumpulan 15 hingga 20 individu di Ladang Bukit Lembu pada pukul 11.45 malam.
"Pergaduhan bermula di tepi jalan, dan salah seorang mangsa yang cedera, cuba membantu saudaranya yang terlibat dalam pergaduhan itu namun kereta yang dinaikinya terbabas dan dia ditetak selepas ditarik keluar dari kereta.
"Kumpulan terbabit kemudiannya memasuki kawasan perumahan dan melepaskan tembakan mengenai pipi seorang wanita yang tinggal di situ, selain turut mencederakan anaknya menggunakan senjata tajam," katanya.
Katanya mangsa yang terkena tembakan rebah dan maut di tempat kejadian manakala tiga lelaki yang cedera, dihantar ke HSAH untuk rawatan dengan dua daripadanya dilaporkan dalam keadaan stabil.
"Motif kejadian masih dalam siasatan dan kita percaya, selain melibatkan kes dadah, ada beberapa perkara lain yang akan kita kenal pasti menerusi siasatan yang akan dibuat.
"Kita percaya ia kumpulan tempatan dan pada dasarnya, kita sudah mengenal pasti beberapa suspek dalam kes ini, berdasarkan keterangan yang diberikan saksi kejadian," katanya.- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan