Khamis, 11 Oktober 2012

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


My Best Story - Blog: Kisah <b>Di</b> Gunung <b>Jerai</b>, <b>Kedah</b>.

Posted: 07 Oct 2012 09:43 AM PDT

Salam 1 Malaysia,

AKHIRNYA, aku kembali untuk update blog ni yang sekian lama ditinggalkn dan sudah pastinya berhabuk. Aku dah beli clorox ni tuk cuci habuk kat blog ni. hehehe.. Aku nak citer skit pengalaman aku bercuti di Gunung Jerai. Pengalaman yang sangat bermakna bagi aku kerana berlaku pelbagai keajaiban yang berlaku pada aku sepanjang aku berada di sana. Kalau pembaca nak tahu kisah disebalik Gunung Jerai ni, boleh baca disini. 

Tujuan aku kesana adalah untuk menemani sepupu aku. Aku, sepupu dan isterinya, tiba di kaki gunung jerai dalam pukul 5.30ptg. Sepupu aku ni berhajat untuk berbuka puasa di puncak gunung. So, kami sempatlah membeli makanan di kedai berhampiran sebelum kami mula mendaki gunung tersebut. 
Memandangkan sepupu aku dan isterinya berpuasa, aku jela yang diharapkan untuk memandu kereta. Aku mulakan dengan bismillah dan mula membuat niat yang baik ketika mula menekan minyak kereta. Sejak dari kampung lagi sepupu aku sudah berpesan supaya pasang niat yang baik je sepanjang perjalanan. Insyallah hajat dan niat baik aku tu akan dimakbulkan Allah. 
Keadaan jalanraya semasa mendaki gunung memang tidak berapa baik, jadi aku memandu dengan berhemah la skit. Sepanjang perjalanan ada jugak ditemani oleh penghuni tetap gunung jerai, si kera yang menantikan makanan daripada pengunjung gunung.
Kami tiba di The Regency Jerai Hill Resort pada pukul 6ptg. Aku pertama kali tiba ditempat tu, memang cantik permandangannya. Sempatlah aku snap beberapa gambar untuk kenangan. Jom layan gambar tu dulu ok.

Pemandangan dari Resort. Nampak laut dan pulau kecil, sawah padi yang luas dan rumah-rumah kampung.
Resort yang cantik ditambahkan lagi dengan skill aku ambil gambar. :)
Sambung cerita aku tadi ok, selepas puas bergambar, kami meneruskan perjalanan ke puncak gunung. Sebaik keluar dari pintu keluar resort, ada gerai kecil dengan sorang pemuda menjaganya, kata sepupu aku, lelaki tu menjual barang2 mistik yang berasal dari alam bunian. Mendengar penjelasan itu, aku terkejut skit dan semakin teruja untuk mengalami sendiri perasaan berada digunung ni. 
Kami pun tiba diTelaga Tok Sheikh, nk tau kisah tempat ni?? baca disini. Kami singgah mandi jap dan ambil wuduk untuk solat magrib dan bermalam di puncak gunung. Air telaga tu memang sejuk dan nyaman sangat tetapi ada orang yang telah mencemarkan kawasan telaga dengan bekas2 lilin yang tidak dibersihkan. Cantik tempat tu kalau dijaga dengan betul. Dengar cerita, ada orang yang datang kesitu untuk berubat. Aku pun tak faham sangat berubat jenis ape, jadi suka hati diorang la.
Kami tiba di Padang Tok Sheikh pukul 7ptg. Ada macam2 cerita tentang Padang ni. Nak tau?? Baca disini. Kami pun bersiap untuk berbuka dan solat magrib. Kawasan sekeliling semakin gelap. kami hanya berbekalkn lampu handphone je. 
Tiba-tiba!!!!!!!!!!! Tunggu sambungan kisah saya ok.. hehe.
Sekarang kita layan gambar diPadang Tok Sheikh pulak.


p/s: Sambungan kisah saya akan disiarkan dalam masa terdekat. Banyak perkara yang berlaku. Nak tau kena la sabar dan selalulah menjenguk blog saya ok. Terima Kasih!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan