Selasa, 30 Oktober 2012

02 di kubang pasu - Google Blog Search

02 di kubang pasu - Google Blog Search


Pecat Ahmad Fisol Dari Terus Memalukan KCS! | kedah69ers

Posted: 21 Oct 2012 07:00 PM PDT

Memang memalukan bagi seorang anggota Perkhimatan Tadbir Negeri atau lebih dikenali sebagai Kedah Civil Servant (KCS) yang bertindak tidak rasional dengan mencampur adukkan urusan pentadbiran dengan sentimen politik kepartian.

Meskipun dia tidak cemerlang dalam tugasnya sebagai KCS selama ini, Yang DiPertua (YDP) Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP), Ahmad Fisol Md Nor, yang dilihat mahu lekas naik pangkat dan merebut JUSA di negeri Kedah cuba menggunakan pengaruh politik untuk menjatuhkan individu yang dipilih DYMM Sultan Kedah.

Hanya kerana sekeping surat yang memintanya bertukar ke Majlis Daerah Kota Kuala Muda sebagaimana protokol biasa bagi seorang KCS, Ahmad Fisol mengada-ngada enggan taat kepada arahan kehendak kerjayanya dan mahu kekal di MDKP.

Kenapa dia tidak mahu bertukar ke Kota Kuala Muda dan apakah dia mempunyai keistimewaan yang menegahnya dari ditukar untuk bertugas di daerah lain? Nak tahu kenapa?

Khabarnya, Ahmad Fisol sebenarnya adalah seorang penjawat awam yang menyokong penuh Pakatan Haram, khususnya PAS, dan dia begitu teruja apabila partinya itu berjaya menawan Kedah pada PRU ke-12 pada tahun 2008.

Dalam diam, dia memasang angan-angan untuk lekas naik pangkat meskipun dia bukanlah merupakan seorang senior atau anggota KCS yang bijak buat kerja. Lihat saja rekod perkhidmatannya di Kubang Pasu yang dipersoalkan pada laporan audit pada setiap tahun.

Meskipun begitu, dia tetap dengan angan-angannya yang mengidam mahu menjawat sekurang-kurangnya JUSA C dan melayakkan dirinya untuk menjadi SUK atau sekurang-kurangnya SFO (State Financial Officer) yang setaraf dengan Exco Kerajaan Negeri. Maklumlah, dia orang PAS "totok".

Bagi menjayakan usahanya, dia mula memainkan peranan untuk berbaik-baik dengan pemimpin PAS di Kubang Pasu dan di peringkat negeri di Wisma Darulaman bagi meraih sokongan bagi kepentingan dirinya.

Sebagai contoh, Ahmad Fisol beberapa kali telah mengadakan program bersama PAS Kawasan Kubang Pasu dan Angkatan Muda Keadilan (AMK), sedangkan etika pihak berkuasa tempatan tidak membenarkan dia berbuat demikian.

Selain itu, dia juga berjaya meletakkan anaknya bekerja di MDKP dan diberikan jawatan tinggi di situ sehingga mencetus persoalan bagi kakitangan di pejabat daerah tersebut di atas dasar "conflict of interest".

Apabila Ahmad Fisol menerima surat mengarahkannya bertukar ke daerah lain, tiba-tiba perancangannya terbantut dan mengambil keputusan untuk membantah arahan yang diperkenan oleh DYMM Sultan Kedah itu.

Dikhabarkan bahawa Ahmad Fisol segera memanggil Ahli-Ahli Majlis Daerah yang terdiri dari puak-puak PAS bagi memikirkan cara untuk mempertahankan kedudukannya di MDKP dan tidak bertukar ke Kota Kuala Muda.

Akhirnya, mereka mengambil kata sepakat untuk menyerang SUK, Datuk Rasli Basir, melalui "askar-askar" politiknya dari Kubang Pasu dan mereka beramai-ramai berdemo mendesak beliau meletak jawatan selain melancarkan "perang" memburuk-burukkan imejnya di laman-laman blog PAS Kedah.

Persoalannya, apakah wajar seorang penjawat awam yang sepatutnya memastikan rakyat tidak mencetus huru-hara sebegitu bertindak bertentangan dengan etika kepimpinan seorang pentadbir negeri?

Apatah lagi Ahmad Fisol dilihat sengaja memperguna dan mendorong rakan-rakan PAS yang rapat dengannya bagi memperjuangkan kepentingan peribadinya untuk terus kekal di MDKP.

Ahmad Fisol sepatutnya menggunakan saluran dalaman dengan bersemuka dengan Datuk Rasli serta berbincang mengenai pertukarannya itu, dan bukannya menyuruh "anjing-anjing" PAS tersebut menyalak bagaikan orang bodoh di depan Wisma Darulaman baru-baru ini.

Kami difahamkan bahawa tindakan yang dilakukan Ahmad Fisol itu mengejutkan ramai anggota KCS yang lain di mana lebih dari 80 peratus dari mereka menyatakan bahawa tidakan YDP MDKP itu tidak wajar sama sekali dan mencemar nama baik KCS secara tidak langsung.

Malah, ada di antara mereka yang menghormati keputusan SUK itu turut meminta agar Ahmad Fisol memberikan surat tunjuk sebab kepada Datuk Rasli dan DYMM Sultan Kedah atas sikapnya yang biadap serta memalukan rekod cemerlang institusi tersebut.

Amat mengecewakan apabila seorang pentadbir awam seperti Ahmad Fisol berkiblatkan politik jijik sebegini dan meninggalkan tanggungjawabnya sebagai penjawat awam negeri. Sebaiknya, Ahmad Fisol dipecat saja dari KCS dan diberhentikan atas faktor disiplin yang teruk!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan