Rabu, 31 Oktober 2012

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Tips Bercuti <b>di Langkawi</b> | Jom Travel !!

Posted: 08 Oct 2012 09:45 AM PDT

Kalau hari tu NAL update berkenaan Makanan Terbaik Langkawi, hari ni NAL nal kongsi beberapa tips untuk bercuti di Langkawi. Mungkin ada dalam kalangan korang yang belum pernah menjejakkan kaki di Langkawi. Harap tips ini berguna suatu hari kelak.

1) Kenderaan
Kalau korang datang ketika musim cuti sekolah, kebiasaannya harga kereta/van sewa lebih mahal berbanding hari biasa. Kalau korang berbajet besar tak per la tapi buat mereka yang berbajet sederhana, korang rancang dahulu perjalanan korang sebelum datang ke sini.

2) Makanan
Makanan ni bergantung restoran yang korang pergi. Biasanyar restoran yang berdekatan dengan hotel dan Pantai Chenang agak mahal, tetapi tidak semuanya sedap.
Kalau korang nak makan seafood yang fresh, murah dan sedap, NAL sarankan korang singgah di Restoran Nelayan. Korang boleh tanya orang awam kat sini. Banyak juga artis yang memilih restoran ni untuk dinner.
Kalau korang inginkan western food, korang boleh pilih sama ada nak ke EE Burger atau GM Burger. Kedua-duanya menawarkan pelbagai makanan western yang sedap dan berpatutan seperti Chicken Chop, Chicken Paper Grill, Rib Eye Steak dan pelbagai makanan lain. Char Kuey Teow dan menu tempatan yang lain juga ada di sini.
Kalau korang nakkan pizza dan pelbagai jenis spageti, korang boleh terjah Artisan's Pizza. Mereka juga penawarkan khidmat penghantaran secara percuma.

3) Tempat Penginapan
Sebelum datang Langkawi, better korang buat pilihan atau booking mana-mana hotel, chalet atau homestay. Kebiasaannya hotel ni, korang boleh agak la berapa harga semalam kan? Kalau nakkan kelainan, korang boleh singgah The Cabin. Harganya berpatutan dan lebih murah berbanding beberapa homestay taw.
Kat area rumah NAL pun ada beberapa homestay yang sangat best. Sebab suasana kampung. Malam-malam korang boleh la berbarbeque. Laman rumah juga besar dan mempunyai beranda.
Kalau hotel korang boleh try Awana Porto Malai, Mauritus Pelangi Beach Resort & Spa, Aseania, Holiday Villa, dan lain-lain. Semuanya ada pakej tertentu. Korang kena la bijak memilih.

Sumber : http://nyteamlife.blogspot.com/

About the author

Tiada ulasan:

Catat Ulasan