02 di padang serai - Google Blog Search |
Penduduk Lapor Polis Khutbah Jumaat Berbaur Politik <b>Di</b> Masjid <b>...</b> Posted: 13 Sep 2012 06:30 AM PDT PADANG SERAI: Sekumpulan penduduk dalam kariah Pekan Padang Serai di sini hari ini membuat laporan polis berhubung khutbah yang dibacakan khatib jemputan di Masjid Jamek An-Najjah di sini, Jumaat lepas, yang didakwa berbaur politik. Mereka mendakwa khutbah Jumaat yang disampaikan khatib jemputan, berusia 29 tahun dari Kulim dekat sini, ada menyebut bahawa seorang mursyidul dan ulama Ikhwanul Muslimin dari Mesir pernah bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW pada 1998 yang menyebut akan wujud seorang pemerintah Malaysia bernama Anwar Ibrahim. "Khatib itu dalam khutbahnya juga memuja dan memuji kewibawaan pemimpin pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan jelas menyadurkan khutbah Jumaat yang mulia itu dengan seorang pemimpin politik. Kami amat kesal atas tindakan pentadbiran masjid yang membiarkan perkara tidak sewajarnya berlaku," kata Mohd Taridi Darus, 52, ketua kumpulan kariah itu kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Padang Serai di sini. Mohd Taridi dari Taman Serai Setia di sini meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah menyiasat tindakan pihak masjid menerima khatib jemputan setiap minggu. Beliau berkata khutbah itu dirakam oleh jemaah yang hadir bersolat Jumaat pada hari berkenaan. Seorang lagi anak kariah, Mohd Noor Husain, 64, tidak mahu masjid itu menjadi perhentian ceramah politik yang disampaikan melalui khutbah setiap Jumaat. Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kulim Sheikh Radzi Abdul Mutalib ketika dihubungi berkata pihaknya akan menjalankan siasatan.
-- Bernama
|
You are subscribed to email updates from di padang serai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan