02 di changlun - Google Blog Search |
Masih ingat kisah kapal terbang terhempas <b>di Sintok</b> <b>...</b> - Tinta Jambu Posted: 06 Nov 2012 08:35 PM PST Lt Mai Einy Sefrina Jalaluddin SINTOK: Seorang juruterbang wanita Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbunuh apabila pesawat Pilatus PC-7 yang dipandunya secara solo terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Batu 25, Jalan Bukit Kayu Hitam-Changlun, dekat sini, semalam. Kejadian itu adalah nahas pertama membabitkan pelatih wanita sejak TUDM mengambil juruterbang wanita sejak 1986. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitendan Mohd Aris Ramli, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.20 tengah hari ketika juruterbang pelatih itu melakukan latihan penerbangan di ruang udara sekitar kawasan berkenaan. Pegawai Perhubungan Awam TUDM Mejar Roslan Salam ketika dihubungi, berkata pelatih terbabit Leftenan Mai Elny Sefrina Jalaluddin, 23, adalah dari Kolej Tentera Udara Alor Star. Mai Elny yang berasal dari Kampung Ulu Beting, Kuala Pilah mengambil bidang Kursus Asas Juruterbang di Pusat Latihan Terbang Satu (Pulatibang 1) di kolej itu sejak 2001. Kedua-dua ibu bapanya berlepas dari Pangkalan TUDM, Subang, Selangor ke Alor Star pada jam 7 petang semalam untuk melihat jenazah anak mereka. Jenazah mangsa dikeluarkan dari tempat kejadian petang semalam dan dihantar ke Hospital Alor Star untuk bedah siasat. Pesawat satu tempat duduk terbabit berlepas dari Pangkalan TUDM di Kepala Batas dekat sini pada jam 11.19 pagi semalam untuk latihan penerbangan solo. Pesawat dilihat menjunam ke dalam kebun getah dan terbenam kira-kira enam meter ke dalam tanah menyebabkan ia berkecai. Cebisan bangkai pesawat berkenaan juga bertaburan dalam lingkungan 100 meter di kawasan nahas. Dua jentera pengorek milik orang awam dipanggil kira-kira jam 3 petang untuk membantu pasukan penyelamat mengeluarkan mayat mangsa dan bangkai pesawat. Sehingga jam 6 petang, kerja mengeluarkan cebisan pesawat dan mayat mangsa masih belum selesai. Operasi mencari dan menyelamat membabitkan anggota TUDM, polis dan 32 anggota Bomba dan Penyelamat dari Bukit Kayu Hitam. Beberapa saksi berkata pesawat itu dilihat terbang rendah dari arah Lebuhraya Changlun-Sintok dengan deruman enjin kuat sebelum menjunam ke dalam kebun getah di situ. Saksi, Hasnah Abdullah, 57, berkata beliau mendengar deruman enjin pesawat yang kuat ketika berada di dalam rumahnya yang terletak 200 meter dari tempat kejadian. "Pesawat itu seperti terlalu hampir dengan rumah dan kemudian saya mendengar dentuman yang kuat dalam kebun getah," katanya di tempat kejadian. Hasnah kemudian berlari ke tempat kejadian dan mendapati pesawat berkenaan hancur dan beberapa cebisan mayat mangsa turut dilihat di sekitar situ. "Apabila melihat keadaan itu, saya tahu tidak ada apa-apa bantuan yang dapat diberikan dan gementar apabila melihat cebisan anggota manusia," katanya. Pemilik kebun getah tempat kejadian itu berlaku, Halim Din, 63, berkata beliau sedang bekerja di kebunnya apabila melihat pesawat itu terbang rendah menuju ke arah kebunnya dan menjunam. "Pada mulanya tidak kedengaran enjin pesawat hingga ia dekat dengan kebun baru saya mendengar bunyi enjin yang amat kuat sebelum terjunam kira-kira 150 kaki (50 meter) dari tempat saya bekerja," katanya. Bagaimanapun, Halim berkata beliau tidak pergi ke tempat itu kerana takut tetapi memanggil beberapa penduduk lain. Katanya, beberapa minit kemudian pasukan Bomba dan Penyelamat tiba. Trainee pilot dies in crash BY ANTHONY TAN AND IAN MCINTYRE Searching in progress at the crash zone. CHANGLOON: A trainee pilot who aspired to be the first woman to fly a B-733 transport aircraft was killed when her Pilatus PC7 crashed into a rubber estate near here yesterday. Leftenan Mai Elny Sefrina Jalaluddin, 22, died on the spot in the incident, which occurred at Jalan Bukit Kayu Hitam at 12.20pm. The pilot had left on a solo training flight from the RMAF College in Kepala Batas, Alor Star at 11.19am. Some eyewitnesses claimed they heard an explosion and saw a lot of smoke before the plane plunged to the ground. Pieces of the wreckage were strewn as far as 50m from the spot where the plane crashed. A large crowd gathered to watch from a distance as the site was cordoned off. Search and rescue workers comprising personnel from the RMAF, Fire and Rescue Department, Civil Defence Department and police took hours to dig out the wreckage. The cockpit was embedded several metres in the ground. Lt Elny's body was removed from the wreckage at about 6.45pm and sent to the Alor Star Hospital mortuary. Halim Din, 63, who claimed to own the plot where the plane crashed, said he saw the aircraft tilting before it nose-dived into the ground. "The wings hit the rubber trees on the way down," he said. Hassan Lebai Seman, 65, said the aircraft sounded like it was having engine trouble before the crash. He said there was an explosion and smoke when the plane hit the ground. In a statement, RMAF public relations officer Mejar Roslan Salam said the air force would investigate the cause of the crash. Lt Elny, the fifth of six siblings, is from Kampung Beting in Kuala Pilah, Negri Sembilan. In May, she told Utusan Malaysia she had rejected offers to study at Universiti Tenaga Nasional and Universiti Teknologi Malaysia because she wanted to pursue her ambition of becoming a pilot. The article in the newspaper's "Gaya Tentera Armed Forces" column had quoted her as saying she was confident that women could succeed as pilots even though the profession was dominated by men. In KUALA PILAH, Simon Khoo reports Lt Elny's elder sister Maishas Zima Jalaluddin as saying her sister got engaged to an RMAF pilot during the last Hari Raya. She was supposed to graduate from the RMAF college in November, she said. "I am stunned. She had called me earlier in the day asking me questions on skincare treatment. "It was the first time she called me on my cellphone but since I was busy with my work, I told her I would call her later," said Maishas, 31. |
PERHILITAN rampas 46 tenggiling <b>di Changlun</b> – Perak Today Posted: 28 May 2012 06:25 AM PDT ALOR SETAR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kedah dan Pulau Pinang merampas 46 tenggiling bernilai RM42,500 di Changlun, yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran, pagi tadi. Pengarah PERHILITAN Kedah, Rahim Ahmad, berkata rampasan itu hasil pemerhatian empat anggota penguatkuasa jabatan itu selama sebulan terhadap aktiviti penyeludupan haiwan eksotik ke negara jiran. "Awal pagi ini, mereka menahan kereta Toyota Camry yang berhenti di lampu isyarat Pekan Changlun, tetapi pemandunya sempat melarikan diri," katanya kepada pemberita di Pusat Penetasan Tuntung, Bukit Pinang, hari ini. Beliau berkata, tenggiling itu ditemui dalam bonet kereta dan empat daripadanya belum matang. Katanya, haiwan itu diseludup serta dijual di restoran untuk dijadikan makanan atau ubat, dan kes disiasat mengikut Seksyen 68(2)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Abdul Rahim berkata, semua tenggling itu akan dilepaskan semula di hutan simpan Pedu, Padang Terap dan Hulu Muda. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from di changlun - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan