Jumaat, 9 November 2012

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


Day #2 – Puncak Tertinggi Ke Lembah Dan Lautan | Hidup Biar Sedap

Posted: 02 Nov 2012 06:09 PM PDT

Kami mulakan awal pagi melepasi Daerah Krian ke utrara.

Gunung Jerai destinasi pertama. Saya pertama saya menjejak puncak tertinggi di Kedah ini pada tahun 1984. Merdeka selepas habis SPM, kekononnya…. hiks!

image

Tahun 2011 saya datang bermalam di sini tanpa suami yang ketika itu masih di Algeria.  Entri tahun lepas – Percutian Di Regency Jerai Hill Resort, Gunung Jerai

image

Hampir 3 jam juga leka menyedut udara segar dan persekitaran yang mendamaikan, kami bergerak turun.

Memandu melepasi Guar Cempedak dan membelok ke Jalan Sedaka.

image

Perpandukan GPS, kami tiba ke Jambatan Pulau Bunting.  Jambatan dari tanah besar ke pulau ini amat jelas kelihatan dari puncak Gunung Jerai sehingga menimbulkan minat untuk menjejak. Lokasi ini tidak diwartakan secara rasmi, jadi pandai² sendirilah mencari jalan untuk tiba ke destinasi.

Tanpa papantanda dan jalan separuh kerikil kami selamat ke destinasi ini.

image

Jambatan kontroversi politik ini terbiar separuh siap dan menjadi port kaki pancing.  Panjang jambatan ini  kira-kira 2KM yang hanya boleh dilalui oleh motosikal, basikal atau berjalan kaki.

image

Ada penjual makanan dan minuman di gerai sekitar kawasan ini  yang menyewakan motosikal dengan harga RM 5 sebuah.

image

Pasangan rempit warga emas…hihihi..nampak Along update Instagram dia letak gambar "mama dan abah kitew rempieww teeewww…."

Lepas tu kami bergerak berpandukan GPS lagi melalui jalan Sungai Limau, Kota Sarang Semut dan melepasi Seberang Sala ke Kuala Kedah.

Tujuannya untuk ke Muzium Kota Kuala Kedah.  Galeri muzium ditutup untuk kerja penyelenggaraan, jadi kami hanya melihat kawasan komplek kota dari jauh.

image

Kemudian kami memasuki bandar Alor Setar ke Muzium Negeri dan Muzium Padi di kaki Gunung Keriang.

Selepas habiskan masa di Alor Setar , kami ke Kuala Perlis.  Bukan nak pergi Langkawi tetapi cuma untuk bermalam dan makan ikan bakar.

sent from my GT-i9300

Post Lain Yang Berkaitan:

  1. A Breath Of Fresh Air @ Gunung Jerai
  2. Kampung Sg Pasiaq, Sg Petani
  3. Jerai Hill Resort – Kenangan Setahun
  4. Terlalu Indah Untuk Dibiar Tanpa Erti…
  5. Tambatan D'raja Dan Menara Tinjau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan