Khamis, 1 November 2012

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


Nasrul Saad: Lokasi Menarik <b>di Merbok</b>, Sungai Petani, Kedah

Posted: 15 Oct 2012 07:26 AM PDT

Hai kalian. Aku nak kongsikan  tempat-tempat menarik di Merbok, Sungai Petani, Kedah. Setelah tiga jam berperah otak dalam dewan peperiksaan untuk subjek Business Mathematics, MAT112, maka tiba masa untuk merehatkan otak yang sedang tertekan. 
Makan tengah hari di Restoran sekitar Taman Lembah Bujang Indah berdekatan dengan UiTM Merbok. Sebenarnya aku memang tak tahu nama restoran ini walaupun kerap makan di sini. Apa orang kata -tak alert-? Harganya murah dan makanannya sedap. Tak rugi datang sini, sebab restoran ini ada satu tempat untuk penghawa dingin dan satu lagi tempat terbuka. Jadi kami pilih untuk merasai suasana sejuk sambil menikmati makanan.
Bersiar-siar di Village Mall, Sungai Petani. Pelbagai barang dijual dengan harga murah bagi yang berkemampuan dan mahal bagi yang dalam dompet tu hanya ada RM30.00 saja. Kalau bawa duit sikit tu, harap kuatkan iman. Kehkehkeh. Juga terdapat panggung wayang dan pusat karaoke. Antara pusat membeli belah yang paling terbaik di sekitar Sungai Petani adalah Village Mall. Central Square (CS) -no komen- 
Makan ABC, Lai Chi Kang, dan laksa di Tanjung Dawai, Kedah. Tempat ini bersebelah dengan laut. Dalam perjalanan ke sini, kau orang akan perasan satu signboard dengan tertulis Singkir Darat. Dalam pemikiran aku, kita memang menuju ke laut jadi sebab itu ada satu kawasan itu dipanggil Singkir Darat, kerana kita menyingkirkan darat untuk ke laut. Ketawa lah!

Masih lokasi yang sama. Selepas makan tu, jangan terus start kereta dan gerak balik. Apa salahnya kalau kita bergambar kenang-kenangan. Buat lah aksi-aksi comel anda semua di depan kamera. Kalau ada yang, apa orang kata, -usha pelik-, "lantak pi kat depa ah, jeles ah tu" Kehkehkehkeh.
Dan secara tiba-tiba, semasa menikmati angin laut itu, aku ternampak satu makhluk. Apa dia? 
Comelkan? Sayangnya dah mati. -keras kulitnya- Kalau tidak boleh bawa balik kampus buat peliharaan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan