"Ini semua berlaku berpunca dari salah tadbir pengurusan dan berlaku sebelum kerajaan negeri sekarang memerintah Kedah," sambungnya lagi.
Selain itu beliau turut mendedahkan projek Feedlot di Pendang yang juga di bawah KAIMB serta dibina oleh Bina Ekoculture Sdn. Bhd dan melibatkan RM3.3 juta dan tiada sebarang perjanjian yang diadakan bersama tuan tanah. Setelah dibelanjakan sejumlah wang berkenaan, agak mengejutkan kerana sebaliknya ianya hanya disewa dengan syarikat lain dengan bayaran RM60 ribu setahun dan menuntut kepada bayaran sewaan RM5 ribu sebulan.
"Kita pun tak tahu apa yang syarikat itu buat. Kalau kita nak dapatkan semula kos RM3.5 juta itu kita kena sewa kepada mereka selama 58 tahun. Sekarang ini pun mereka telah berhenti beroperasi dan sewa RM5 ribu sebulan pun tidak dibayar. Insfrastruktor yang ada di kawasan berkenaan pun tidak boleh diambil kerana tanah berkenaan milik orang," dedahnya lagi.
Lain pula apa yang berlaku kepada Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKed), di bawah syarikat YIKed Pengkalan Kundur Sdn. Bhd, akibat kecuaian dalam pengurusan ianya di bawa kemahkamah yang melibatkan pembayaran sebanyak RM11 juta.
"Kita pun tak faham, projek ini sebahagian berjalan manakala sebahagiannya tidak. Ada tanah yang dikeveat tapi kemudian dilepaskan, akibatnya berlaku kecuaian dalam pengurusan dan dibawa ke mahkamah. Orang yang pegang YIKed ketika itu adalah Menteri Besar lalu, Tan Sri Osman Aroff dan akibat kecuaian, kerajaan negeri (kini) terpaksa membayar kepada Syarikat Senisinga Sdn. Bhd sebanyak RM11 juta," ujar Amiruddin.
Jawapan itu berikutan bersidangnya Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Mesyuarat Kedua Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Kedah Kedua Belas (Mesyuarat Bajet 2013) di Wisma Darul Aman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan