Jumaat, 23 November 2012

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


EDtv: Kembara <b>di</b> Air Terjun Titi Hayun, <b>Yan Kedah</b>

Posted: 21 Nov 2012 01:54 AM PST

Hai, ED nak kongsi lagi kisah percutian ED minggu lepas. Di Kedah, ED telah menginap di chalet Air Terjun Titi Hayun Yan Kedah. Terima kasih kepada pengantin Syida kerana menyediakan penginapan kami. Dah sampai di air terjun, mesti nak mengembara keindahannya kan? Jom kembara bersama ED melihat keindahan alam di Air Terjun Titi Hayun Yan Kedah.
Air Terjun Titi Hayun. Nak pergi ke air terjun, mesti lalu jambatan gantung ni..
Ini jambatan gantungnya..
Inilah chalet penginapan kami.. Ada aircond di dalamnya..
Pagi-pagi lagi ED dah pergi ke air terjun. Muka pun masih mengantuk lagi.. Tapi takpe, tengok kehijauan alam, mesti segar nanti.. Hehe..
Panorama di tingkat bawah air terjun..
ED tak mandi pun cuma nak main air je di sini.. Hehe..
Ada Air Terjun Puteri Mandi di tingkat atas.. ED tak sempat nak pergi..
Jika anda perasan, ED seorang sahaja yang pergi ke sini. Kawan2 ED yang lain tak berpeluang pergi ke sini atas sebab2 tertentu..
Bagaimana? Best kan? Ada lagi persinggahan ED semasa berada di Yan Kedah. Nak tahu? Teruskan membaca blog EDtv. Udada Ubabye!!
ED: Walaupun pergi seorang diri, best jugak.. Hehe..

Corat-coret majlis perkahwinan blogger Cik Ada Mokhtar <b>di Yan</b> - EDtv

Posted: 22 Nov 2012 06:15 PM PST

Hai, hari ini genap seminggu ED pergi ke Yan Kedah. Pada hari Jumaat lepas, ED dan dua orang rakan sekerja telah bertolak ke Yan Kedah. Tujuan utama untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja iaitu Syida. Buat pengetahuan anda, Syida juga merupakan seorang blogger dan dia telah banyak beri tunjuk ajar ED dalam dunia blogger ni. Di blog dia dikenali dengan Cik Ada Mokhtar. Ini dia sedikit sebanyak cerita menarik ED di majlis perkahwinan Syida.
ED dan rakan-rakan sempat pergi majlis pernikahan Syida pada malam Jumaat.
 Lihat ni, bunga telur hasil air tangan pengantin sendiri. Dia buat menggunakan kertas tisu. Kreatifnya...
 Hiasan bilik pengantin juga dibuat sendiri oleh Syida.
 Selepas majlis pernikahan Syida, ED menemankan Hafiz menggubah sirih junjung untuk Syida. Berbakat kawan ED yang sorang ni..
 Yang menggubah Hafiz je, yang dua orang perempuan ni hanya watak pembantu sahaja. Bantu mengelap daun sirih dengan minyak agar berkilat. Hahaha..
 Lihatlah, Hafiz sedang tekun menyiapkan sirih junjung untuk Syida.
 Taraaa... Beginilah hasil gubahan sirih junjung oleh Hafiz. Inilah yang dinamakan cikgu serba boleh.. Hehe..
 ED cuma tolong carik bunga untuk menghasilkan bunga rampai ini je.. Menggubah hantaran pengantin ED tak reti.. hehe..
 Kenapa ni? sedang kami sibuk membantu menyiapkan sirih junjung, tiba-tiba angin bertiup kencang dan hujan lebat. Pelamin pengantin roboh ditiup angin....
 2 pasu kat pelamin pecah.. Cuba teka, apakah yang terjadi pada keesokannya? Adakah pelamin pengantin mempunyai kekurangan?
 Alhamdulillah, segala masalah dapat di selesaikan. Lihatlah pelamin yang didirikan semula pada pagi hari menjelang majlis persandingan. 
 Meja makan damai pengantin.
 Paling banyak2 hantaran, hantaran ini yang paling comel dan kreatif. Cupcake bertemakan dunia sekolah.
 Beza majlis perkahwinan di Johor dan Kedah adalah dari segi muzik iringannya. Di Johor selalunya pengantin diiringi dengan paluan kompang tapi di Kedah pula dengan iringan gendang silat dan serunai.
 Alhamdulillah, majlis perkahwinan Syida berjalan dengan lancar walaupun terdapat halangan-halangan di belakang tabir.
Begitulah sedikit sebanyak cerita ED di Yan Kedah. Semoga catatan hari ini dapat memberikan anda inspirasi. ED akhiri dengan cerita menarik semasa perjalanan pergi balik ke Kedah ye. Udada Ubabye!!
 Masa nak pergi ke Kedah, ada berlaku kemalangan jalan raya yang melibatkan lori telur masin. Habis telur masin tumpah di tepi jalan..
 Masa nak balik pula, ada lori berasap di jalan raya. ED sangkakan jerebu rupanya tidak..
 Saja je nk amek gambar ni.. Hehehe..
ED: Selamat pengantin baharu Syida aka Cik Ada Mokhtar! 

Tiada ulasan:

Catat Komen