Rabu, 7 November 2012

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


platspender.blogspot.com: Tuas, <b>Yan Kedah</b>

Posted: 03 Nov 2012 09:58 AM PDT

3 hari dah streamyx down. Hari ni baru aku boleh online balik. Sawang tak tumbuh lg dan tarak sapa comment bunyi cengkerik lg dalam blog aku. Minggu lepas, aku belek Majalah Sirip kat kedai, bilangan 133 utk Oktober 2012. Byk artikel menarik, tp yg paling aku tak senang duduk, ialah artikel kat mukasurat 52, column Tuas Torpedos, Gerbang Tenggiri Kuala Dulang. Aku baca satu satu cerita dlm tu. Cerita Yan ni aku dah tau serba skit. Sebab Dokter memang kaki lubuk ni. Setahun tah berapa kali dia turun. Last trip yg aku up dlm blog ni pun tgk la mcm mana dia tanggung bwk balik. 6 ekog tenggiri usung sampai Klang. Tu tak kira cencaru yg makan dr pg sampai ptg lg. So, aku dah cerita trip dia dulu, kali ni aku ringkaskan pulak trip mamat ni spt yg ada dlm Sirip 133 nih. Trip aku?....kih kih kih.
Tuas. Apa benda tuas ni. Aku ingat sama mcm Tuas kat Singapore tu. Tuas Yan memang tak sama. Tuas Singapore kawasan industri, Tuas Yan kawasan ikan. Tuas Yan di Kedah ialah satu kawasan yg dibina unjang yg dibuat dari batang batang buluh. Diikat dengan pemberat, kemudian dilepas ke dalam laut. Unjang inilah feveret ikan utk berkumpul dan main. Unjang ini dibina oleh tekong dan info dari tekong sangat penting. Hanya tekong yg tau bila ikan ni nak masuk unjang. So, call la selalu utk dapat info terkini. Setiap tekong ada unjang sendiri dan dia tak boleh bwk p unjang tekong yang lain. Lain la kalau tuan punya unjang tu bg line.
Pelbagai teknik bleh dipakai. Tp yg biasanya digunakkan di Tuas ni ialah teknik casting bulu dan casting kilat kekipas ikan temenung. Rilek, bukan bulu seperti bulu dari rambut atau ketiak yg digunakan tp bula ayam sebenarnya. Tak payah susah susah nak cari ayam pulak nak wat bulu tp teruih boleh dibeli di situ. Ada dah tokan bulu dok tunggu. Tak salah aku, satu bulu lebih kurang RM5. Meniaga bulu pun boleh wat duit woi. Selalu bulu org tanam saja. Yg kedua temenung. Sebelum sampai, tekong akan pesan dah, temenung mau dlm 4-5 kilo. Yg tu saja, sotong udang tak payah la dok gagah. Tak laku. Balik wat sotong tepung saja la. 
Nama tempat nak naik bot ialah di Kuala Dulang Kecil. Dari pekan Guar Cempedak, masuk kiri ke Yan. Jalan terus sampai kat simpang 4, ambik kanan. Lepas tu hampa janji la dengan tekong nak jumpa kat mana. Sebab nak masuk tu lorong kecik. Takut yg tak penah sampai sesat. Kuala ni tak besag mana, tp penuh dengan bot yg ready untuk trip memancing. Macam pesta. Semua bot sama saiz, kaler lebih kurang dan yg penting, check dengan tekong bot number berapa. Kalau silap, marah org yg dah booking awai. Satu trip keluar pagi, balik petang dalam RM500. Saiz bot tak besag, cun kalau naik dlm 5-6 org. Lebih aku rasa mau setengah hari saja settle tali berlilit. Makan bwk sendri. Tekong tak masak. Setengah hari punya trip cukup dengan nasik lemak 2-3 bungkus sorang, ayag masak sorang sebotol
Ni info teknikal utk rod dan mesin. Bwk jod jigging casting PE1-3 dan 8-15 paun dengan main line dlm 10-20 lb. Mesin dlm 2000-4000 memang cun. Tp aku rasa bwk la yg bearing byk skit. Jigging casting ikan ni agak memenatkan kalau tak kena dengan mesin. Kayuh mesin tu mau laju. Lepaih tu, main line elok disambung dengan shock leader dlm 40-60 paun. Ikat la mcm mana pun (ada masa aku up mcm mana nak sambung shock leader dengan main line). Dari shock leader, baru ikat klip. Tekong pesan, klip mau kecik saja. Tak yah pasang klip mcm nak guna wat sauh. Selain dari casting, appolo cencaru boleh jugak nak try. Penuh tong woi. Tu dokter bgtau. Hehehe... Mata appolo pun kena betui jugak. Biasanya guna yg kertas, contoh dari brand hayabusa. Tu agak mujarab utk appolo cencaru disini. Pilih pelbagai saiz. Ada masa aku up rupa paras appolo hayabusa tu mcm mana. Lagi satu, mata kena ikat 3. Khas utk boh kepala, belakang dan belakang temenung. Yg penting, guna cable. Yg guna tangsi, kalau tak jawapnya tenggiri senyum la. Cable ikat tak panjang, setengah depa pun tak sampai.
temenung = ikan kembung kat KL. Bila dia kembung aku tak tau. On the wat la tu jadi kembong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan