Jumaat, 2 November 2012

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


<b>Kedah</b> La: Kerajaan <b>Negeri Kedah</b> diserang isu penyelewengan <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 17 Oct 2012 07:04 PM PDT

1) Orang ini adalah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Kedah (kini dilaporkan melepaskan jawatan) tetapi masih memegang jawatan ad hoc dalam UMNO.

2) Dia merupakan orang kuat bekas MB Kedah Dato' Seri Mahdzir Khalid.

3) Dia adalah KCS yang memegang jawatan penting di bahagian Perumahan Pejabat SUK dan pembuat keputusan dalam banyak perkara penting di bahagian tersebut.

4) Dia adalah orang kanan, rakan rapat dan kroni kepada Dato' Rasli Basir SUK Kedah yang didesak meletakkan jawatan.

5) Dia seorang yang tidak menghormati pihak berkuasa negeri, tidak pernah hadir ke pejabat Exco bila dipanggil oleh Exco berkaitan untuk urusan yang berkaitan dengan tugasannya. Kalau ada urusan Exco kena pi mengadap dia, bukan dia boleh dipanggil mengadap Exco.

6) Dialah orangnya yang bertanggungjawab dengan isu pembayaran RM2.55 juta kepada 5 kontraktor yang tidak wujud 'melaksanakan projek' Taman Seri Gemilang, Flat seberang Terus, Taman Wira, Flat Alor Malai, Flat Simpang Kuala, Flat Seberang Terus, Flat Tongkang Yard dan Taman Kota Nelayan. (Seperti terkandung dalam laporan Ketua Audit Negara 2011).

7) Akibat dari dakwaan penyelewengan yang dilakukan di atas, dia telah ditahan reman oleh SPRM selama 9 hari (laporan pernah dibuat di blog Kedah La beberapa minggu lalu... inilah orangnya) dan akan akan didakwa oleh SPRM di mahkamah pada bila-bila masa.

Ini baru muqaddimah... pendedahan berikutnya ialah apa hubungannya dengan Mahdzir Khalid, isu pembinaan Kompleks MPSP, penyelewengan PKB, mengeluar duit tunai GLC untuk dana UMNO/BN dalam PRU12... semuanya akan kita dedahkan selepas ini.

(Jangan kemana-mana.. ehhh pi lah mana-mana pun tapi mai semula ke blog Kedah La untuk mengikuti pendedahan selanjutnya selepas ini)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan