Jumaat, 11 Januari 2013

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Langkawi Blaque Villa HomeStay: Tips parking kereta <b>di Kuala Kedah</b>.

Posted: 11 Jan 2013 01:39 AM PST



1-      Pada musim puncak seperti cuti sekolah dan cuti umum biasanya anda akan diekori oleh beberapa ejen parking kereta bermotosikal, jangan panic, ambil masa anda untuk buat keputusan. Turunkan dahulu penumpang/ahli keluarga dan luggage di terminal jeti.
2-      Setelah selesai urusan di atas, anda kini boleh membuat keputusan;
a-      Parking kereta di tempat letak kereta berhadapan jeti (kadar parking agak mahal –RM15 sehari, namun agak selamat kerana Ianya berpagar dan ditadbir urus oleh pihak berwajib)….* sangat sesuai untuk kunjungan sehari.
b-      Parking kereta di sekolah, masjid atau Koperasi nelayan ng berhampiran (RM10 sehari)…* sesuai untuk kunjungan lebih sehari.
c-       Paking kereta di tempat cadangan ejen parking kereta bermotosikal yang anda temui ketika memasuki Kuala kedah. (Park at your own risks. Namun setakat ini soal keselamatan masih belum menjadi masalah. Walaubagaimanapun secara peribadi saya kurang selesa). Biasanya anda akan membawa sendiri  kereta mengekori ejen ke tempat diarahkan, parking kereta anda, kunci kereta dan pastikan barang berharga tidak ditinggalkan. anda akan dihantar semula ke terminal jeti menaiki motosikal ejen. Jangan lupa untuk ambil nombor telefon ejen, jika tidak, sekembalinya anda, berjalan kakilah gamaknya  mengambil kereta.
d-      Parking di kawasan sekitar yang menawarkan tempat parking: rumah saudara mara, kawan-kawan.
3-      Selamat bercuti ke langkawi, permata Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan