Isnin, 14 Januari 2013

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Langkawi Blaque Villa HomeStay: Tips parking kereta <b>di Kuala Kedah</b>.

Posted: 11 Jan 2013 01:39 AM PST



      Laluan ke Langkawi melalui jalan darat pasti akan berakhir samada di jeti Kuala Kedah atau jeti Kuala Perlis sebelum menaiki feri ke Pulau lagenda itu. berikut adalah beberapa keadaan beserta tips parking kereta di Kuala Kedah.
 
1- Pada musim puncak seperti cuti sekolah dan cuti umum biasanya kenderaan anda akan diekori oleh beberapa ejen parking kereta bermotosikal, jangan panik, situasi ini adalah normal. ambil masa anda untuk buat keputusan. Turunkan dahulu penumpang/ahli keluarga dan luggage di terminal jeti.
2-      Setelah selesai urusan di atas, anda kini boleh membuat keputusan;
a-      Parking kereta di tempat letak kereta berhadapan jeti (kadar parking agak mahal –RM15 sehari, namun agak selamat kerana Ianya berpagar dan ditadbir urus oleh pihak berwajib)….* sangat sesuai untuk kunjungan sehari.
b-      Parking kereta di sekolah, masjid atau Koperasi nelayan ng berhampiran (RM10 sehari)
       …* sesuai untuk kunjungan lebih sehari.
c-       Paking kereta di tempat cadangan ejen parking kereta bermotosikal yang anda temui ketika memasuki Kuala kedah tadi. (Park at your own risks. Namun setakat ini soal keselamatan masih belum menjadi masalah. Walaubagaimanapun secara peribadi saya kurang selesa). Biasanya anda akan membawa sendiri  kereta mengekori ejen ke tempat diarahkan, parking kereta anda, kunci kereta dan pastikan barang berharga tidak ditinggalkan. anda akan dihantar semula ke terminal jeti menaiki motosikal ejen. Jangan lupa untuk ambil nombor telefon ejen, jika tidak, sekembalinya anda, berjalan kakilah gamaknya  mengambil kereta di parking.
d-      Parking di kawasan sekitar yang menawarkan tempat parking: rumah saudara mara, kawan-kawan.
3-      Selamat bercuti ke Langkawi, permata Kedah.
Blaque Villa HomeStay Type
Info/booking/reservation: +6012-310 6096, +6012-331 3020  email: bvlangkawi@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan