"Mangsa tidak sempat mengelak atau memperlahankan motosikalnya lalu merempuh di bahagian kanan kereta. Akibat rempuhan kuat mangsa melambung ke tepi jalan dan mengalami kecederaan patah tulang tangan dan kaki.
"Mangsa yang ditenangkan oleh orang ramai bagaimanapun terpaksa dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.
Ismail berkata, pemandu kereta seharusnya bersikap peka terhadap motosikal atau apa sahaja kenderaan yang memotong mereka dari arah belakang.
"Sehingga kini ramai dalam kalangan pemandu kereta atau kenderaan berat yang cuai ketika membuat pusingan atau membelok.
"Ini mengakibatkan kenderaan ringan seperti motosikal sering terlibat dalam kemalangan," katanya kepada Sinar Harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan