Sabtu, 12 Januari 2013

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


PAS Sembah Patung Helang <b>di Langkawi</b> – Pribumi Perkasa Negara

Posted: 10 Jan 2013 02:22 AM PST

tobak
Umum sedia maklum bahawa orang-orang PAS menganggap parti mereka sebagai agama. Tetapi tahukah anda bahawa 'agama PAS' ini juga mempunyai berbagai mazhab? Ajaran mazhab-mazhab di dalam 'agama PAS' ini pula berbeza mengikut 'mood' pemimpin selain masa, tempat dan keadaan semasa.

Tidak dapat dipastikan ada berapakah mazhab di dalam PAS tetapi yang dapat dikenalpasti ialah 3 iaitu Mazhab Hadi, Mazhab Nik Aziz dan Mazhab Azizan.

Antara perbezaan ajaran mazhab-mazhab ini ialah mengenai binaan patung.

Mazhab Azizan nampaknya berpegang kepada binaan patung adalah tidak salah. Oleh itu, setelah mengambil-alih Kedah, PAS tidak pernah langsung menyentuh soal kewujudan patung helang bersaiz gergasi di Pulau Langkawi sebagai berunsur syirik. Ini amatlah berbeza dengan mazhab Nik Aziz dan mazhab Hadi yang mengambil soal patung sebagai sesuatu yang serius dan perlu dihapuskan dengan seberapa segera.

Kerana itu, sejarah pemerintahan PAS di Kelantan yang mengamalkan mazhab Nik Aziz, bermula dengan 'memancung' kepala patung-patung kijang di bulatan dekat jambatan Sultan Yahya sejurus selepas mengambil-alih negeri itu pada tahun 1990.

Pendirian yang sama dipegang oleh mazhab Hadi dimana pada 3 Mac 2000, selepas PAS mengambil-alih Terengganu, Exco Terengganu Wan Hassan Mohd Ramli telah membuat kenyataan berikut, "Terengganu akan roboh semua patung haiwan termasuk patung sotong dan udang di Bandar Marang. Tindakan meroboh itu dibuat sebagai mengikut langkah Kerajaan Pas Kelantan yang merobohkan replika Kijang di bulatan Tuan Padang,Kota Bharu sebaik sahaja memerintah negeri itu pada tahun 1990″.

Pendirian ini bagaimanapun semakin longgar kerana masih terdapat beberapa patung lain yang tidak dirobohkan di sekitar Terengganu. Justeru, pada 31 Mei 2000, iaitu tidak sampai pun dua bulan kemudian, Haji Hadi membuat kenyataan berikut, "patung-patung di kawasan lain akan dihapuskan secara berperingkat apabila masyarakat tempatan sudah mula faham mengenai hukum."

..selanjutnya baca disini..

Ps/– Tulisan asal untuk ob21.net

Kini Anda boleh memberi komen melalui akaun FaceBook..

Komen..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan