Di Gunung jerai, anda tak perlu risau anda akan merasa bosan, kerana disini keperbagaian aktiviti seperti bersantai sambil menikmati udara segar, menerokai alam semula jadi, aktiviti lasak, berbasikal, mandi air terjun yang terdapat di sekitar gunung. Selain itu Gunung Jerai juga mempunyai Sejarah khazanah purba lama yang perlu anda ketahui bila anda kesini.
Dari segi kemudahan yang disediakan untuk pengunjung, anda juga tidak perlu risau. Kerana pihak pengurusan disini ada menyediakan pelbagai kemudahan antaranya adalah tapak perkhemahan, chalet, surau, dewan dan banyak lagi untuk kemudahan pengunjung.
Aktiviti yang "WAJIB" anda sertai.
melawat muzium Arkeologi lembah Bujang
Selain dari itu Gunung Jerai ada menyimpan pelbagai cerita sejarah yang berkaitan dengan beberapa tempat yang boleh dikatakan cukup menarik untuk dilewati antaranya Perigi Tok Sheikh, Sejadah Tok Sheikh dan Batu Kapal. antara tempat ini adalah berkaitan dengan sejarah awal negeri Kedah yang berlaku dalam tahun 1136.
Tunggu apa lagi, Jika berpeluang datanglah ke Gunung Jerai. Kemudahan seperti tempat letak kenderaan, bas dan gerai serta surau disediakan dikaki gunung.
Pesanan: Jika anda dari Kuala Lumpur, gunakan Lebuhraya Utara-Selatan yang menghala ke Alor Star dan susur di tol Gurun. Dari pekan Gurun, jarak ke kaki Gunung Jerai kira-kira lima kilometer. Jarak dari kaki bukit ke puncak Gunung Jerai ialah kira-kira 13 kilometer dan anda boleh menggunakan kenderaan atau motosikal. Kemudahan pengangkutan seperti van turut disediakan dengan bayaran RM60.
" pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap balas"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan