Khamis, 7 Februari 2013

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


LiFe iS LoVeLy MeMoRieS : Makan petang <b>di sik</b> Kedah

Posted: 30 Jan 2013 05:03 PM PST

Hai all, masih cerita di Sik Kedah lagi... heeee nie time makan petang, petang2 selalu makan kuih dari hari pertama aku balik kampung ayik makan kuih cempedak je... maklumlah kat kampung buah tengah banyak so goreng la jawabnya.. sampai Sik sekali lagi mak aku goreng kuih cempedak so telan je lahhhh kalau kat KL belum tentu aku sempat buat huhuhu..   
more gambar kambing baby nie comel..
Ini kandang ayah aku, jangan tak percaya semua nie ayah aku yang buat sendiri maklumlah dah pencen nie la hobby ayah aku :)

Jawatan Kosong 2013 <b>di</b> Majlis Daerah <b>Sik</b>

Posted: 10 Jan 2013 01:08 AM PST

Jawatan Kosong 2013 di Majlis Daerah Sik

Jawatan Kosong 2013: Majlis Daerah Sik ditubuhkan pada 1 Ogos 1975. Penubuhan mengikut Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Keluasan seluruh Daerah Sik ialah 1,635,457.65 hektar ( 1,634.6 km persegi). Jumlah penduduk di Daerah Sik adalah sebanyak 71,261orang. Kepadatan kasar penduduk adalah 38 (penduduk per kps). Daerah Sik mempunyai empat mukim iaitu Mukim Sik (57,042.38 hektar), Mukim Sok (80,549.00 hektar), Mukim Jeneri (12,691.00 hektar) dan Mukim Teloi (13,175.27 hektar). Keluasan kawasan perkhidmatan Majlis Daerah Sik ialah 1356.053 hektar (13.56053 km. persegi). Ianya melibatkan penempatan Pekan Sik, Batu 5, Kuala Begia dan Sik Dalam.

Permohonan-permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Kedah Darul Aman /
Warga Negara Malaysia untuk memenuhi jawatan yang tersebut di bawah:-

1. Jawatan : ' HOUSE KEEPING'
Taraf Jawatan : Sambilan

Syarat Lantikan:
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan;
c) (i) Tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh Kerajaan; Dan
(ii) berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan dengan pembersihan
di Sik Inn dan Melor Inn.
dan
d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan
baik.

CARA MEMOHON:
i) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati di Majlis
Daerah Sik dengan bayaran wang proses RM 2.00.
ii) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Kelahiran, Kad
Pengenalan, Sijil Persekolahan, Sijil Berhenti Sekolah dan dokumen yang
berkaitan serta sekeping Gambar berukuran pasport. (Salinan sijil-sijil perlu
mendapat pengesahan terlebih dahulu)
iii) Pemohonan ini hanya sah selama 1 tahun dari tarikh iklan.
v) Alamatkan permohonan kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH SIK,
08200 SIK,
KEDAH DARUL AMAN.

TARIKH TUTUP: 17 JANUARI 2013

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2013 ini.
———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2013

from your own site.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan