Sabtu, 16 Mac 2013

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


2 Polis cedera <b>di baling</b> batu oleh samseng UMNO. - Wally Bandits

Posted: 08 Mar 2013 07:44 AM PST


"Utusan Malaysia seringkali menipu pembacanya,dan hari ini tanpa segan silu,UTUSAN UMNO tersebut menipu lagi,pelik sungguh Propaganda UMNO."lagi pelik apabila macai2 UMNO bersorak riang dengan penipuan yang di lakukan Utusan Malaysia tersebut.UMNO dulu kini tak pernah berubah dari amalan Dajjal
Berpuluh-puluh samseng Umno Barisan Nasional (BN) bertindak liar apabila melontar batu bertalu-talu ke arah bas Jelajah Merdeka Rakyat, selain menyerbu tapak ceramah di Kampong Bukit Katil, Melaka, malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 10 malam itu, empat cermin bas yang dinaiki Anwar Ibrahim, pecah dibaling batu, malah Ketua Umum KEADILAN itu juga terkena serpihan kaca.

"Alhamdulillah – selamat. Hanya serpihan kaca. Serangan samseng Umno di depan polis," tulisnya pada twitter tidak lama kemudian.


Wartawan Keadilan Daily, Mohd Arif Juhani yang membuat liputan siri jelajah itu turut terkena serpihan kaca di muka.

"Cermin bas pecah dibalun macai Umno BN. Kaca bersembur kat muka saya, ada yang masuk mulut," katanya.


Selain membaling batu, samseng Umno BN yang kebanyakannya memakai kemeja-T biru berlogo BN, turut menunjukkan isyarat lucah dan menghambur kata-kata kesat.

Mereka dipercayai terpengaruh dengan ucapan berbaur hasutan pemimpin Umno di ceramah berdekatan.


Sekalipun pasukan polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di tapak ceramah, kumpulan samseng Umno tetap bertindak ganas, malah merempuh benteng.

Anwar ketika berucap kemudian mengecam perbuatan kumpulan samseng berkenaan dan menyifatkan Umno BN gagal mencerminkan budaya politik sihat di negara ini.


Sementara itu, Utusan Malaysia terus menerus melakukan pembohongan apabila dalam laporannya mendakwa dua anggota polis cedera dalam serangan malam tadi.


Bagaimanapun, akhbar yang disaman Anwar RM100 juta itu tidak menjelaskan siapa yang memulakan serangan dan dari pihak mana.

Utusan sering kali melaporkan berita yang kurang tepat malah boleh dikatakan apa sahaja yang terjadi semuanya salah Anwar dan bukannya Umno BN.

Dalam laporan itu, Utusan langsung tidak menyatakan bahawa samseng yang diupah pemimpin Umno yang menyerang Anwar hingga menyebabkan sedikit serpihan kaca tingkap pada sisi bas yang pecah mengenai Anwar yang biasanya duduk di kerusi tepi.

Anggota polis yang cedera itu tidak pula Utusan tunjukkan siapa sebenarnya yang menyerang mereka tetapi hanya mendiamkan diri tanpa bukti dan keterangan sahih.

Jelas sekali laporan Utusan berkenaan sengaja mahu menyalahkan Anwar sedangkan pemimpin Umno sendiri yang mengupah samseng tersebut bertindak liar hingga mengancam anggota keselamatan yang bekerja keras menghalang kebiadaban samseng berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan