Sabtu, 16 Mac 2013

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Kisah Seram Hantu Langsuir Ditemui <b>Di Kulim</b> Hi-Tech

Posted: 18 Feb 2013 10:30 PM PST

Posted by Al-Azrul Zakuan Tuesday, 19 February 2013
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();
Kisah Seram Hantu Langsuir Ditemui Di Kulim Hi-Tech | Sememangnya makhluk halus wujud dalam pelbagai rupa dan bentuk. Banyak cerita-cerita yang kita sering dengari mengenai makhluk halus ini. Namun bukan semua orang mempunyai "kelebihan" untuk melihat makhluk halus ini. Jom kita baca berita mengenai penemuan Langsuir di Kulim Hi-Tech diceritakan oleh mangsa sendiri.

KULIM – Penduduk di Taman Kulim Perdana dekat sini digemparkan dengan penemuan lembaga wanita berambut panjang, serba putih yang sering bertenggek di palung air di selekoh masuk ke taman perumahan itu pada waktu malam.

Pekerja industri, Hamzah Mohamad, 32, berkata, dia pernah ternampak lembaga itu sekitar jam 1 pagi ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya.

Menurutnya, lembaga itu sangat menggerunkan kerana ia dapat dilihat dari jauh. "Ketika kejadian saya baru sahaja selesai menghantar pekerja industri yang bekerja petang balik ke rumah.

"Saya kemudiannya menggunakan jalan pintas di hadapan Politeknik Kulim untuk ke Sungai Kob. Dari jarak 40 meter sebelum sampai ke selekoh masuk ke Taman Kulim Perdana, saya nampak kelibat seorang wanita berdiri di tepi jalan.

"Apabila jarak saya semakin hampir dengan selekoh itu, saya nampak dengan jelas lembaga itu bertenggek di atas paip air. Lebih menakutkan apabila dia memandang ke arah saya di mana kepalanya berpusing hingga ke belakang," katanya.

Sementara itu, seorang pengamal perubatan tradisional yang hanya mahu dikenali Rosli berkata, lembaga yang dilihat selama ini adalah langsuir.

"Langsuir ini merupakan seorang wanita yang terbunuh ketika bersalin atau dibunuh. Mungkin lembaga itu pernah terbunuh dalam kemalangan di sekitar kawasan itu.

"Bagi mereka yang menggunakan jalan itu harus lebih berhati-hati kerana kecuaian atau terlalu memberikan perhatian kepadanya akan mengakibatkan mereka terlibat dalam kemalangan,"katanya.

Baca Lagi Artikel Berkaitan : Fuh Seram, Kisah Seram

FUH!!! KAMI KONGSIKAN SEGALANYA

Tajuk : Kisah Seram Hantu Langsuir Ditemui Di Kulim Hi-Tech
Ditulis oleh Al-Azrul Zakuan
Rating Blog 5 dari 5

Fuh!! amacam?nak lagi?kalau nak tengok/baca entry macam ni lagi boleh clik pada kategori di sidebar sebelah kanan. Kalau nak copy mohon nyatakan sumber dan backlink kan ke entry ini. http://www.fuh.my/2013/02/kisah-seram-hantu-langsuir-ditemui-di.html. Fuh!! Harap maklom .

Beranikah Zulkifli Noordin menentang Saifuddin Nasution <b>di Kulim</b>

Posted: 27 Feb 2013 04:10 AM PST

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail
MACHANG: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sah akan bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, sekali gus menamatkan spekulasi beliau tidak akan mempertahankan kerusi Machang.
Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan ceramah di Padang Majlis Daerah Machang semalam.
Anwar berkata, pertukaran itu dibuat bagi memenuhi permintaan orang ramai sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat khususnya PKR di Kedah.
"Bagi tujuan itu, PKR akan memilih calon terbaik bagi menggantikan kekosongan itu (Machang) malah perbincangan mengenainya berada di peringkat akhir," katanya.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-12, kerusi Bandar-Kulim Baharu dimenangi calon PKR, Zulkifli Noordin dengan majoriti 5,583 undi.
Zulkifli bagaimanapun meninggalkan PKR tiga tahun lalu dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Kedah La: Ceramah Bongkar 403 Juta.. malam ni <b>di Kulim</b> bandar <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2013 11:26 PM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan