Khamis, 14 Mac 2013

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Terkini : Masyarakat Rohingya Terdampar <b>di Langkawi</b>, Memerlukan <b>...</b>

Posted: 27 Jan 2013 09:06 AM PST

Assalamualaikum. Tadi baru sahaja aku dapat berita daripada saudara Sani Araby Al-Kahery (Aktivis) tentang berita Masyarakat Rohingya yang terdampar di Langkawi dan Pha Nga. Mereka telah berhari-hari berlayar dengan harapan mencari tempat untuk berlindung. Akhirnya terdampar ditahan dibumi kita yang tercinta.
Berita ini, baru sahaja diterima. Mereka ketika ini menghadapi masalah bekalan makanan yang amat kritikal. Oleh itu, bagi membantu mereka yang terdampar di Malaysia, sejumlah RM10,000 diperlukan untuk memberi makanan kepada perlarian yang baru sampai dan sangat dhaif. 
Sumbangan ikhlas boleh terus bank in ke akaun Saudara Sani. Seperti dibawah. Ketika aku mendapat maklumat ini. Saudara Sani dalam perjalan menuju ke Langkawi. Sumbangan dibuka sehingga esok, 28 Januari 2013 jam 5 pm.
Untuk sebarang petanyaan boleh hubungi Ustaz Ahmad Tirmizi Ibnu Sulaiman (017-560 6131), En Ismail & akhi Affuan Che Mansor 
Memandangkan dah malam, esok boleh lah anda berbuat amal bakti. Kalau tak mampu, berilah semampunya. Ataupun membantu menyebarkan berita ini. Agar orang lain dapat membantu. 
p/s : Aku kena saudara Sani ketika program semalam. Beliau berkongsi tentang kejadi sebenar di Palestine semasa suasana genting. Beliau ada di situ. Sungguh sayu dan terkesan di hati perkongsian beliau. Ketika itu beliau mewakili Malaysia (OIC).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan