Khamis, 7 Mac 2013

02 di padang terap - Google Blog Search

02 di padang terap - Google Blog Search


IdaMan: Isu STDC : Pemuda PAS <b>Padang Terap</b> Lapor Polis

Posted: 07 Dec 2012 07:43 PM PST


PADANG TERAP: Pemuda PAS Padang Terap meminta pihak polis menyiasat pemimpin tertinggi dalam Anak Syarikat Negeri Kedah, Seri Temin Developement Corporation (STDC) yang didakwa menyalahgunakan wang syarikat untuk kepentingan Umno.

Ketuanya, Nasir Zakaria membuat laporan polis terhadap Pengerusi Lembaga Pengarah (STDC), Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Adun Pedu di Balai Polis Kuala Nerang, kelmarin.

Dalam persidangan Dun Kedah pada 20 hingga 22 November lalu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah mendedahkan, dari tahun 2003 hingga 2008, STDC mengeluarkan duit untuk membiayai parti politik Umno.

Duit itu antaranya digunakan untuk memberi sumbangan tunai kepada 15 kawasan parlimen menjelang pilihan raya umum ke-12 sebanyak RM1.7 juta.

Selain itu, duit STDC juga digunakan untuk membeli kereta Proton Gen 2 kepada penasihat CEO STDC berjumlah RM42,431,64.

Duit syarikat turut digunakan bagi membeli cenderahati sempena mesyuarat perwakilan Umno Padang Terap sebanyak RM26,150.

Selain itu duit turut digunakan untuk:

1) Membeli kemeja T dan wang saguhati kepada aktiviti konvoi Pemuda Umno padang Terap sbeanyak RM4 ribu.

2) Meberi sumbangan RM5 ribu kepada Umno Cawangan Padang Kerasak

3) Menaja kalendar Datuk Seri Mahadzir Khalid sebanyak RM8 ribu

4) Pemasangan billboard mesyuarat Umno Padang Terap sebanyak RM10 ribu

5) Sebanyak RM10 ribu dikeluarkan untuk membiayai lawatan sambil belajar Pemuda Umno KEdah

6) Lawatan sambil belajar Puteri Umno Kedah sebanyak RM5 ribu

7) Menyumbang sebanyak RM200 ribu kepada Umno negeri

8) Membayar sewa khemah dan meja untuk mesyuarat Umno Padang Terap sebanyak RM10 ribu

9) Membeli tudung untuk Puteri Umno RM20 ribu

10) Membayar sebanyak RM21,700 untuk tujuan makan minum mesyuarat Umno Padang Terap. - HD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan