Isnin, 25 Mac 2013

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


KERUGIAN RM403 juta PROJEK <b>DI NEGERI KEDAH</b> PERLU <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2013 10:40 PM PST

Kenyataan Media TERAS
13 hb Februari 2013

TERAS mengesa pendedahan terhadap kerugian yang didakwa bernilai RM 403 juta dalam 11 projek awam ketika kerajaan BN memerintah negeri Kedah perlu mendapat penjelasan dari pentadbiran ketika itu dan pihak Jabatan Audit Negera perlu membuat siasatan.

Jumlah kerugian yang dinyatakan itu sangat signifikan bagi negeri seperti Kedah . Bukan sahaja ia memberi kesan  kepada aliran kewangan pembendaharaan negeri malah ia boleh menjejaskan integriti kerajaan dikacamata kerajaan pusat dan institusi kewangan .

Kami mempersoalkan bagaimana pihak kerajaan persekutuan mengawal projek-projek awam di negeri yang menggunakan peruntukan kerajaan pusat. Jika perbelanjaan tersebut dikeluar dizaman BN memerintah negeri Kedah sewajarnya semua dokumen yang ada dalam agensi-agensi pelaksana pusat dan negeri disiasat.

bn kedah

Kami berpendapat jika segala pengurusan 11  projek tersebut berjalan mengikut prosedur , pihak ketua kerajaan di zaman BN itu tidak perlu takut untuk memberi penjelasan , asalkan fakta dan rekod yang ada tidak diselewengkan.

Tetapi jika jelas ada penyelewengan maka tindakan mengikut undang-undang perlu diambil kerana ia melibatkan wang awam .

TERAS kesal isu penyelewengan dalam pelaksanaan projek kerajaan maseh berleluasa seperti yang digambarkan dalam laporan Audit Negara . Rekod salahguna kuasa dan mengaut keuntungan untuk kepentingan peribadi telah merosakkan imej negara di kacamata pelabur dalam dan luar negara.

Jika kerajaan BN negeri Kedah mencatat rekod kerugian dalam projek-projek yang dilaksanakan atau terbukti berbelanja diluar prosedur yang sepatutnya sehingga kos sengaja dibesarkan  (over inflate) untuk memberi keuntungan kepada pihak tertentu , maka tindakan tegas perlu diambil dan pihak kerajaan yang memerintah ketika itu perlu dipertanggungjawabkan.

Kami mengingatkan segala kerugian ini bukan sahaja akhirnya akan ditanggung oleh rakyat Kedah sendiri namun kerugian itu juga menjadi hutang yang akan terbeban kepada kerajaan negeri sekarang dan juga generasi mendatang .

Kami menegaskan ini jelas adalah satu perompakan harta generasi selanjutnya. Pecah amanah dalam menjaga perbendaharaan negeri adalah suatu pengkhianatan yang tidak boleh dikompromi.

Pihak berkuasa yang bertanggungjawab melulus dan mengeluarkan pembayaran hendaklah dijejaki sehingga mereka yang terlibat menyebabkan kerugian yang ditanggung diambil tindakan sewajarnya.

TERAS akan turut mengesan pelbagai projek negeri dan persekutuan yang  mengeluarkan pebelanjaan besar yang tidak sepatutnya supaya dapat mendedahkan kepincangan dan penyelewengan yang terjadi.

Rakyat tidak lagi boleh bertolak ansur dengan kerajaan yang mengurustadbir kewangan awam dengan cara salah guna kuasa dan penyelewangan dalam melaksana projek kerajaan.

Kami menuntut ketelusan pihak kerajaan yang bertanggungjawab ketika 11 projek tersebut dilaksanakan. Pihak Audit Negara harus menghantar pasukan khas untuk menyiasat semua rekod projek yang berkenaan .

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan