Jumaat, 12 April 2013

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


Perang Berebut Nak Jadi Calon <b>Di</b> Kalangan Tiga Puak PAS <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2013 07:56 PM PDT

Perang telah diisytiharkan. Selama ini, PAS Kedah cuba menafikan wujudnya perpecahan teruk dalam parti tersebut di Kedah. Sebaliknya sentiasa membayangkan dan menuduh, berita-berita tentang konflik, perseteruan serta pergaduhan dalam PAS Kedah hanyalah angkara FITNAH UMNO semata-mata.

Telah lama dinyatakan dan didedahkan bahawa kaum PARASIT dan IBLIS PAS Kedah akan menunjukkan belang serta tanduk mereka pada PRU13. Ketua mereka sudah tentulah Phahrolrazi Zawawi yang akan menjalankan misi membalas dendam terhadap Azizan Abdul Razak.

Bukan rahsia lagi, Phahrolrazi Zawawi telah menggerakkan jentera propaganda di Sungai Limau, memberikan dan mewujudkan tanggapan negatif terhadap Azizan Abdul Razak. Dendam Phahrolrazi terhadap Azizan apabila gagal menggulingkan Azizan semenjak pertengahan tahun lalu, akan direalisasikan dengan memastikan Azizan kalah dalam PRU13 di kubu kuatnya sendiri.

Phahrolrazi sudah pun melakukannya di Anak Bukit di mana Amiruddin Hamzah yang dilihat sebagai konco Azizan, menjadi ancaman terbesar kepada Phahrolrazi memandangkan nama Amiruddin Hamzah sudah berkali-kali disebut sebagai pengganti Azizan sebagai Menteri Besar Kedah dan Pesuruhjaya PAS Kedah sekiranya PAS berjaya mengekalkan kuasa dan Azizan turun dari kuasa.

Keengganan Phahrolrazi membenarkan jentera penerangan PAS Kuala Kedah membantu Amiruddin di Anak Bukit, merupakan sebahagian daripada niat jahatnya dalam menyusun strategi yang lebih berkesan untuk berhadapan dengan Azizan Abdul Razak.

Itu cerita KEPALA IBLIS DAN PARASIT PAS Kedah…

Di Baling, lain pula ceritanya.

page 5

Dilaporkan PAS Baling telah berpecah kepada tiga kem. Satu kem melibatkan Taib Azzamuddin. Satu lagi kem melibatkan Cikgu Johari dan satu lagi kem melibatkan calon baru PAS untuk Parlimen Baling, Najmi.

Taib Azzamuddin dikatakan sudah tidak layak lagi untuk bertanding dan menjadi calon buat PAS memandangkan dalam beberapa kes, Taib tidak menyokong peranan dan kehendak PARASIT dan IBLIS PAS terutama sekali dalam hal yang melibatkan KALIMAH ALLAH. Taib Azzamuddin juga sudah berulang-ulang kali menyatakan bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menang dalam PRU13.

Namun alasan yang paling wajar diberikan agar Taib Azzamuddin dicampakkan dari pencalonan ialah, dia kerap sakit dan tidak sihat. Justeru, peluang perlu diberikan kepada muka baru.

Sebenarnya, bukan satu rahsia, kebanyakan cerita-cerita buruk tentang Taib Azzamuddin, datangnya daripada Cikgu Johari, ADUN Kupang yang sudah lama mahu merampas kedudukan Taib Azzamuddin di Baling. Taib Azzamuddin dilihat menjadi duri dalam daging dan menyekat peluang kepada Cikgu Johari untuk pergi lebih jauh dan lebih kaya dari yang duk ada sekarang.

Bagaimanapun, apabila PAS Pusat menamakan Najmi sebagai calon, para penyokong Taib dan Cikgu Johari boleh pula bergabung untuk melakukan protes. Mereka enggan menerima Najmi sebagai calon di Baling. Sebaliknya puak-puak Taib dan Cikgu Jo, memilih berhala masing-masing untuk dinobatkan sebagai calon.

Dan sekiranya, PAS Kedah dan PAS Pusat tetap berkeras untuk mengangkat Najmi sebagai calon PAS bagi Parlimen Baling, penyokong-penyokong Taib dan Cikgu Jo akan menaikkan bendera hitam sebagai protes.

Dengan kata lain, PAS akan kehilangan banyak undi kerana para penyokong Taib dan Cikgu Johari tidak akan memberikan undi kepada Najmi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan