Sabtu, 6 April 2013

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


IdaMan: Adik Nakhaie Ahmad Calon PAS <b>Di Baling</b>

Posted: 04 Apr 2013 01:31 PM PDT

                      
Adik bekas naib presiden PAS Datuk Nakhaie Ahmad diumumkan menyertai PAS dan dinamakan sebagai calon PAS bertanding di parlimen Baling.

Brigeder Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad menggantikan penyandang kerusi tersebut Datuk Taib Azamuddin Taib yang tidak dicalonkan semula ekoran masalah kesihatannya.

Perkara tersebut diumumkan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pusat media PAS di ibu pejabat parti itu pagi ini.

"Beliau merupakan tokoh Baling, anak Baling, Kedah. Dan kita pula baling beliau ke sana," katanya berseloroh sambil diiringi gelak ketawa hadirin yang hadir.

Selain Abdul Hadi turut mengumumkan dua lagi calon Pemuda PAS untuk bertanding di kerusi parlimen.

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan diumumkan bertanding di kerusi parlimen Temerloh manakala Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS (Juham) Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi bertanding di kerusi parlimen Titiwangsa.

Penyandang kerusi parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali meninggal dunia pada Julai 2011.~ fmk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan