Isnin, 15 April 2013

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Zul Nordin dicabar tandingi Saifuddin <b>di</b> Bandar Baharu <b>Kulim</b> <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2013 08:50 PM PDT

(Oleh Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR 29 MAC: Calon KEADILAN bagi kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu (P18), Datuk Saifuddin Nasution Ismail yakin potensinya untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 cerah di kawasan itu.

SaifuddinBercakap kepada Keadilan Daily, Saifuddin berkata, keyakinan itu bersandarkan gerak kerja jentera Pakatan Rakyat yang menyambut baik pencalonan beliau dan mendapat sokongan masyarakat setempat.

"Alhamdulillah komponen Pakatan Rakyat di sana menerima baik dan memberi peluang kepada saya untuk mengenali kawasan itu dengan lebih dekat.

"Saya sudah ada pertemuan dengan PAS dan KEADILAN. Program yang diatur untuk saya bertemu ketua kaum mewakili Cina, Melayu dan India berjalan seperti dirancang.

"Kedudukan saya sekarang memuaskan berdasarkan penerimaan penduduk setempat yang memberi sokongan," kata Saifuddin.

Tambahnya, persiapan jentera bergerak mengikut jadual walaupun tarikh pembubaran Parlimen masih menjadi teka-teki.

"Saya sudahpun mengenali seberapa banyak agensi dan institusi negeri. Saya sangat berpuas hati dengan penerimaan positif rakyat dan mereka hanya tunggu masa saya bertanding di situ," kata Saifuddin.

"Selain itu, program yang ditetapkan meliputi penerangan, kemasyarakatan di masjid, surau dan rumah-rumah ibadat kaum lain," jelasnya.

Cabar Zul Nordin

Beliau turut mencabar Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu sekarang, Datuk Zulkifli Nordin menandinginya pada pilihan raya itu nanti.

"Saya mahu berdepan Zul Nordin, itu impian saya. Bagaimanapun, mungkin impian saya itu tidak kesampaian kerana sesuatu yang mustahil untuk Umno mencalonkan Zulkifli," sinis Ahli Parlimen Machang itu.

Mengulas lanjut, Saifuddin optimis Parlimen Machang akan kekal dimenangi Pakatan Rakyat.

"Di Machang sudah ada pengganti, tunggu diumumkan oleh pimpinan sahaja.

"Pengaruh Pakatan Rakyat di sana sudah berakar umbi. Umumnya rekod pemerintahan PAS di Kelantan dan prestasi yang ditunjukkan pemimpin Pakatan memberi kita keyakinan kuat bukan sahaja di Machang, tetapi seluruh Kelantan," katanya.

Parlimen Kulim-Bandar Baharu terbahagi kepada dua Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu DUN Kulim dan DUN Bandar Bharu, dengan mempunyai 67.93% pengundi Melayu, 21.13% Cina dan 11.48% India daripada jumlah keseluruhan 51,444 orang.

Pada pilihan raya 2008, wakil KEADILAN, Datuk Zulkifli Nordin menang dengan majoriti 5,583 undi, iaitu 22,255 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang memperolehi 16,672 undi.

Kini Zulkifli menganggotai bebas setelah dipecat KEADILAN pada 2010 ekoran kesalahan berulang-ulang kerana melanggar dasar dan pendirian parti.

Beliau adalah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), NGO di bawah tunggangan Umno BN.

Dalam PRU 2008, Saifuddin bertanding Parlimen Machang di Kelantan dengan 21,041 undi dan mengalahkan calon BN, Datuk Sazmi Miah yang hanya memperoleh 19,581 undi.

Sebelum itu, beliau memperoleh kerusi tunggal dalam DUN Kedah apabila menang pada Pilihan Raya Kecil DUN Lunas pada tahun 2000.

Beliau memperoleh 10,511 undi manakala calon BN, S Anthonysamy mendapat 9,981 undi. – NS

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48594

boikot mb azizan, jentera pas mogok <b>di kulim</b> - komando perang siber

Posted: 14 Apr 2013 03:44 AM PDT

KALAU SEBELUM INI BEBERAPA UNIT PETI UNDI(UPU) PARTI PAS TELAH DITUTUP DI PARLIMEN JERLUN, PAS KEDAH KINI YANG MENGALAMI SINDROM TOLAK MB AZIZAN SEMAKIN MENGGILA. DI PARLIMEN KULIM LEBIH TEPAT DUN BANDAR BAHRU 10 DARIPADA 16 UPU TELAH BUNGKUS ATAU KATA LAIN MAMPUS TERUS.
10 daripada 16 UPU Pas DUN Bandar Baharu tutup kerana protes calon
BANDAR BAHARU - Sekurang-kurangnya 10 daripada 16 Unit Peti Undi (UPU) Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baharu tidak beroperasi berikutan protes secara senyap oleh petugas parti kerana tidak puas hati dengan pemilihan calon. Dalam keadaan sekarang, dengan penamaan calon hanya tinggal enam hari, persiapan Pas di kawasan DUN itu dilihat 'lesu dan tidak bermaya'. Jurucakap Ketua-ketua UPU berkenaan, Abu Rahim Embi berkata, sebab utama wujudnya 'protes senyap' yang dilakukan sebilangan besar anggota parti di DUN itu adalah faktor calon yang dicadangkan Pas Negeri Kedah tidak direstui banyak anggota parti. "Nama Yang Dipertua Pas Kulim/Bandar Baharu, Hassan Abdul Razak dan Ketua Pemuda Pas Kulim/Bandar Baharu, Khairi Salleh yang disebut-sebut antara nama calon dicadangkan pucuk pimpinan telah menimbulkan rasa berbelah bahagi di kalangan anggota parti dan penyokong sehingga kini," katanya pada sidang media di Kampung Permatang Simpor dekat sini hari ini. Beliau berkata, berbanding persiapan menjelang pilihan raya umum (PRU) 2008, keadaan ketika ini 'sejuk' kerana tenaga kerja parti yang sewajarnya muncul menjalankan tugas amat kurang. "Jika pada persiapan PRU12 lalu, anggaran 200 hingga 300 orang tenaga kerja wujud di UPU berkenaan tapi kini 20 hingga 30 orangpun tidak muncul dan kebanyakan UPU seolah-olah ditutup," katanya. - Bernama

EKSKLUSIF! Ustaz Azizan Bersubahat Menjual Arak <b>di Kulim</b> <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2013 05:37 AM PDT


Kulim Golf and Country Resort di Kulim Hi-Tech, Kedah. Ketua Pegawai Eksekutif, Bakry Abu Seman
Pengerusinya si Saifudin Nasution, ianya milik Penuh PKNK 100%, Pengerusi PKNK pula si YAB Ustaz Azizan Abdul Razak.

Aktiviti yang disyaki, menjual arak jenis Carlsberg kepada pelanggan. Tukang hidang 'arak' Pekerja Melayu Islam. Pelanggan yang mereka hidang 'arak' juga kebanyakannya Melayu Islam. Majoriti pekerja hampir semuanya melayu Islam.

Premis ni memang ada lesen arak, tapi Mc nak pertikaikan, kenapa ambil pekerja 'Melayu Islam' untuk hidangkan arak? Bukankah itu dah dikira bersubahat?

Dulu Pas maki UMNO bab arak ni. Pendapatan haram, duit haram, tak berkat, tak islamik dan pelbagai kata nista yang mereka selalu maki atas pentas ceramah. Tapi dah 5 tahun mereka jadi Kerajaan Negeri Kedah, kenapa tidak ada perubahan?

Pengerusi PKNK Ustaz Azizan Razak juga makan duit haram ya? Saifuddin Nasution Pengerusi Kulim Golf Club pun selama ni makan duit hasil arak ka? Pekerja melayu Islam yang bekerja disana semuanya bersubahat jual arak. Pendapatan mereka halal ke haram?

Bukankah jika kita bersubahat perniagaan arak ni, hatta menjadi tukang sapu pun, hasil gaji kita tetap haram. Awat Pas boleh biar semua ini berlaku?

Ohh lupa pulak, Pas sekarang bukan macam Pas dulu. Pas dulu perjuang negara Islam, Pas sekarang cuma perjuang negara Kebajikan. Jadi arak 'halal' dan cukai arak juga 'halal' kan Ustaz Azizan kannn...


McTheory:
Cakap tak serupa bikin, rosak-rosak!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan