Sabtu, 6 April 2013

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


PECAH RAHSIA!!! KETUA PENERANGAN PKR <b>MERBOK</b> LANCAP <b>...</b>

Posted: 30 Mar 2013 05:45 PM PDT

Saharuddin Abdul Hamid, bukanlah nama besar. Tidak ramai yang kenal dia pun walaupun di Merbok dan di Sungai Petani, namanya ada juga kadangkala disebut, terutama apabila membabitkan hubungan rapatnya dengan Anwar Ibrahim. Ada juga yang mengatakan Saharuddin Abdul Hamid, Ketua Penerangan PKR Cabang Merbok akan menggantikan Rashid Din, Ahli Parlimen Merbok dalam PRU13 akan datang.

Sebagai Ahli Majlis MPSP, Saharuddin Abdul Hamid tidak memiliki rekod yang baik. Dia lebih banyak diingati kerana peranan jahat yang dimainkannya dalam usaha merampas jawatan Yang Dipertua Majlis PBT tersebut.

Saharuddin sebelum ini mengetuai gerombolan yang cuba memburuk-burukkan YDP MPSP dengan melabelkan wanita tersebut sebagai AGEN UMNO dan ANJING NAJIB. Gelagatnya yang kononnya amat membenci kewujudan pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di sekitar Sungai Petani, menjadi perbualan apabila Saharuddin Abdul Hamid diketahui menjadi 'pemungut cukai tidak sah' daripada pemilik-pemilik pusat hiburan berkenaan.

Dengan kata lain, Ketua Penerangan PKR Cabang Merbok itu sebenarnya mengumpul terlalu ramai musuh berbanding kawan di daerah berkenaan. Keinginannya untuk dicalonkan sebagai calon PKR menggantikan Rashid Din yang dilihat pincang dalam mendapatkan undi serta sokongan daripada masyarakat India selepas SMSnya didedahkan, membuatkan Saharuddin Abdul Hamid menjadi barah yang perlu dicantas oleh konco-konco Rashid Din.

Malangnya, Saharuddin Abdul Hamid terlupa bahawa biarpun bergelar Ahli Majlis dan berjawatan Ketua Penerangan PKR, dia tidak kebal daripada sebarang serangan. Dan dia juga terlupa bahawa musuh-musuhnya, terutama sekali musuh dalam parti yang tidak mahu menerima kepimpinannya sentiasa menunggu masa untuk menghapuskannya atau menamatkan kariernya selaku ahli politik.

Apabila video lucahnya tersebar, Saharuddin Abdul Hamid terperanjat besar. Dia terus menyembunyikan diri dan berharap kepimpinan pusat akan membantunya. Dia mengharapkan 'layanan istimewa' yang diterima oleh Anwar Ibrahim akan diberikan kepadanya.

Malangnya, Saharuddin bukan Anwar Ibrahim. Gelagat dan kelaku buruk seperti yang dilakukannya tidak boleh disetarafkan dengan gelagat serta kelaku buruk Ketua Umum PKR itu. Para pecacai Pakatan Rakyat, khususnya yang menyokong PKR, tidak berkemampuan untuk melindunginya dengan putarbelit fakta yang seringkali mereka lakukan. Justeru, Saharuddin Abdul Hamid perlu dimusnahkan dan isunya melancap di hadapan komputer, perlu dimatikan secepat mungkin... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan