Khamis, 25 April 2013

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


Ustaz Hamidi Abu Hassan menebar Arus Baru <b>di</b> P17 <b>PADANG SERAI</b>

Posted: 21 Apr 2013 11:00 AM PDT

Masyarakat  P17 PADANG SERAI makin merasai gelombang Arus Baru yang dibawa Ustaz Hamidi Abu Hassan, calon parti BERJASA. Apa tidaknya, seluruh pelusuk kawasan PADANG SERAI di jejaki Ustaz Hamidi bersama petugas BERJASA. Solat subuh di Masjid Taman Selasih menjadi petanda permulaan jelajah BERJASA, dan pertemuan awal Ustaz Hamidi dengan penduduk Taman Selasih, sudah ada yang menjanjikan sisi keluarga akan mengundi BERJASA!

ust hamidi1

Dengan semangat yang berkobar-kobar pagi Ahad diteruskan dengan mengunjungi Pasar Padang Serai. Baik peniaga dan pembeli, semua disantuni Ustaz Hamidi untuk menyeru mengundi Calon Muslim Berwibawa BERJASA.  Jelas bahawa seruan ini untuk semua, bukan sekadar golongan tertentu. Ustaz Hamidi juga tidak melepaskan peluang menziarahi  dan melihat keadaan Tok Embun di Kg Terat Batu, Padang Serai.

usthamidi2

Petugas BERJASA meneruskan jelajah ke kampung-kampung, antaranya Kg Pondok Labu, Padang Limau Sg Kob, dan didapati ada rumah yang telahpun sedia mengibarkan panji BERJASA tanpa diminta, Allahuakbar! Dari satu rumah ke rumah,tidak mengira tua dan muda, semakin jelas suara menyahut seruan Undi Calon Muslim Berwibawa BERJASA !

ISLAM BERDAULAT, MALAYSIA pasti SEJAHTERA!

Demi Kedaulatan Islam, UNDILAH USTAZ HAMIDI ABU HASSAN, Calon P17 PADANG SERAI (BERJASA)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan