Rabu, 5 Jun 2013

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


KedahLanie.info: Antara punca MAT SABU kalah <b>di PENDANG</b>..!!!

Posted: 14 May 2013 05:50 PM PDT

Ahli Pas didakwa sabotaj parti
PENDANG -  'Kami terima kekalahan ini'. Itu luahan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati Othman dengan kekalahan Pas kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Menurutnya, kejatuhan Pas kawasan itu berpunca daripada ahli parti itu sendiri yang dikenal pasti telah mensabotaj parti apabila ada antara mereka yang tidak keluar mengundi, menyokong calon Bebas dan merosakkan kertas undi serta tidak memulangkan kertas undi.

"Kira-kira lebih 10 peratus ahli Pas dikenal pasti sabotaj parti dan keadaan ini tidak sepatutnya berlaku dimana ia begitu mengecewakan parti.

"Pas terima kekalahan ini dan berharap agar kepimpinan yang baru dapat meneruskan program disusun demi kesejahteraan rakyat," katanya kepada Sinar Harian.


Mohd Hayati berkata, tindakan sabotaj parti itu berlaku apabila ada kalangan  ahli parti merasa tidak berpuas hati apabila bantuan yang dimohon mereka tidak berjaya sehingga menimbulkan perasaan marah.

Katanya lagi, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan Barisan Nasional (BN) turut mempengaruhi pengundi-pengundi Melayu dan Siam.

"BR1M turut mempengaruhi penduduk luar bandar yang hidup dalam kesempitan menyebabkan mereka goyah setelah menerima BR1M.

"Penduduk luar bandar hanya fikirkan jangka masa pendek tanpa memikirkan manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang menjamin kebaikan untuk jangka masa panjang," katanya.

Sementara itu, katanya lagi, tindakan 14 jawatankuasa Pas yang bertindak keluar daripada parti itu beberapa bulan lalu sedikit memberi kesan kepada kejatuhan Pas pada PRU13 pada 5 Mei lalu.

Bekas Ahli Parlimen Pendang itu turut memaklumkan bahawa Pas kawasan itu juga kesal dengan dakwat kekal yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikatakan mempunyai unsur penipuan apabila Pas Pendang telah membuat tiga laporan polis mengenai kewujudan pengundi hantu.

"Tiga laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang setelah mendapati tiga nama telah mengundi sedangkan pengundi-pengundi itu belum lagi mengundi.

"Kejadian itu berlaku di Bukit Jambul, Guar Kepayang, Air Puteh," katanya.

gemparrr..!!! bendera syi&#39;ah megah berkibar <b>di pendang</b> menyambut <b>...</b>

Posted: 02 May 2013 09:37 PM PDT

Perghhh..!!! Nampaknya bendera Syiah dah megah terpacak di Parlimen Pendang. Terpacak macam Mat Sabun "pacak" Normah-Normah yang menjadi isteri-isterinya. Bender Syi'ah megah berkibar di bumi Pendang menyambut kedatangan Mat Sabun...
Aku yakin, Mat Sabun puas hati dengan sambutan hangat yang dipercayai di dalangi oleh gerakan Syi'ah yang sekian lama bersarang di Pendang. Patut pun Mat Sabun sanggup buat apa saja untuk bertanding di parlimen tu...heh!
Walaupun dia berhadapan dengan Azizan Razak yang memang dari dulu tak berapa suka kat dia, dia tetap buat muka tebal untuk calonkan diri sendiri kat Pendang. Berhajat benar dia nak kuasai Pendang...
Cuba tengok gambar panas kat bawah ni..!!! Bendera Syi'ah kat Pendang tu brooo..!!!
Macamana rakyat Pendang? Puas hati dengan bendera Syi'ah tu? Alaaa.. kalau Mat Sabun suka dengan bendera tu, takkan korang tak suka kot? Korang tak sayang Abang Mat ka? Tu bendera kegemaran dia tuhhhhh....heh!
Aku nak ingatkan rakyat di Pendang. Tak lama lagi kalau ditakdirkan Allah, korang akan dapat seorang tokoh Syi'ah paling berpengaruh dalam PAS sebagai Ahli Parlimen korang. Itu pun kalau korang undi dia dan dia menang laaa...
Kalau Tok Man Abdul menang di Parlimen Pendang kali ni kira korang bernasib baik la sebab dapat ahli parlimen berfahaman Sunni. Tapi kalau Mat Sabun yang menang, siap sediakan diri untuk menerima fahaman Syi'ah Mat Sabun tu...
Kalau nak jadi Syi'ah macam Mat Sabun, korang kena cari sebiji batu Karbala untuk diletak kat tempat sujud solat korang. Tapi korang boleh kahwin mut'ah...lebih kurang kahwin kontrak laaa.. kahwin untuk 2 bulan je..lepas tu auto"cerai" bila kontrak expired! Heh!
Syabas puak PAS Pendang... Welcome to Parlimen Syi'ah everybody..!!! Heh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan