Jumaat, 5 Julai 2013

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Saifuddin Nasution Lupa Kut Yang Dia Bertanding <b>Di Kulim</b>-Bandar <b>...</b>

Posted: 01 May 2013 10:53 PM PDT

Saifuddin Nasution yang dikenali sebagai KATAK MEGA, kali ini melompat pula ke Kulim-Bandar Baharu dari Machang, Kelantan. Penjilat tegar Anwar Ibrahim dan merupakan seorang oportunis yang amat sedar, di dalam UMNO, dia hanyalah malukut, Saifuddin pada mulanya melompat ke dalam PAS sebelum beralih pula ke PKR memandangkan skop serta peluangnya dalam PKR lebih besar, luas dan terbentang.

Dari Lunas ke Machang, Saifuddin Nasution tidak memberikan sebarang impak atau perubahan kepada masyarakat yang diundinya. Bahkan muka dan batang hidung Saifuddin Nasution di kawasan yang diwakili juga amat payah untuk dilihat sehinggakan ada yang mengatakan, Saifuddin Nasution kerap tersesat dan tersasar masuk ke kawasan lain apabila dia cuba berlakon mengambil berat hal rakyat.

Satu-satunya kekuatan Saifuddin Nasution adalah sikap pengecut semulajadinya. Saifuddin yang diketahui dari zaman Reformasi merupakan antara pengecut yang banyak bercakap tetapi apabila dilihat cakap-cakapnya boleh menyebabkan dia terkantoi, dia akan segera menyerahkan perkara yang dibangkitkannya itu kepada orang lain.  Sedangkan dia sendiri, lari tak cukup tanah menyelamatkan diri sepertimana yang berlaku pada tahun 1998.

Begitulah dalam kes NFCorps yang akhirnya menyebabkan Rafizi Ramli dan Zuraidah Kamaruddin terkantoi besar apabila disaman. Lebih teruk lagi, Rafizi Ramli bakal berhadapan dengan penjara tiga tahun kerana melanggar undang-undang BAFIA walaupun para pecacai Pakatan cuba melindungi Rafizi Ramli dengan Akta Pemberi Maklumat.

PRU13, Saifuddin Nasution bertanding di Parlimen Kulim-Bandar Baharu sebagai calon PKR. Kod untuk kerusi berkenaan adalah P018. Yang menanti Saifuddin Nasution adalah Aziz Syeikh Fadzhir, Ketua Bahagian UMNO Kulim-Bandar Baharu yang dicalonkan semula walaupun kalah pada tahun 2008.

Berbanding Saifuddin Nasution, Aziz lebih dikenali oleh penduduk dan pengundi tempatan. Sekalipun kesibukannya sebagai ahli perniagaan, Aziz masih kerap menjenguk kawasan dan mengambil tahu permasalahan penduduk Kulim-Bandar Baharu meskipun dia tidak berkuasa.

Bagaimana pula dengan Saifuddin Nasution? Berapa kali dalam setahun Saifuddin datang ke Kulim-Bandar Baharu? Kalau tak ada pemandu, agak-agaknya, Saifuddin boleh sampai atau tidak ke Kulim? Saifuddin tahu atau tidak di mana letaknya Kulim?

Seharusnya Saifuddin Nasution dan konco-konco serta agen-agen pilihanrayanya menceritakan segala-gala kebaikan yang telah dilakukan oleh Saifuddin Nasution ketika dia menjadi wakil rakyat LUNAS dan MACHANG.

Dan kebaikan serta menfaat apa pula yang akan dibawa oleh Saifuddin Nasution ke Kulim-Bandar Baharu? Apakah selepas diberikan kemenangan dan amanah, maka Saifuddin Nasution yang sudah biasa lompat serta tidak bertanggungjawab, akan kembali ke perangai asalnya?

Segala-galanya tidak mustahil apabila membabitkan Saifuddin Nasution.

Disebabkan itulah, dia TERLUPA YANG P108 bukannya KULIM-BANDAR BAHARU TETAPI SHAH ALAM manakala P018 adalah kod sebenar KULIM-BANDAR BAHARU!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan