Rabu, 3 Julai 2013

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Mukhriz Akan Naikkan Kadar Bantuan JKM <b>Negeri Kedah</b> Kepada <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2013 09:00 PM PDT

Tahukah anda, dari tahun 2003 sehingga Disember 2010, kadar bantuan JKM Negeri Kedah adalah antara RM80 sehingga RM350 sebulan bagi satu keluarga miskin atau yang memerlukan bantuan agensi berkenaan?

Bagaimanapun, pada bulan September 2010, Kerajaan PAS Kedah telah meluluskan kadar baru Bantuan Am di antara RM150 sehingga RM350 sebulan bagi satu keluarga dan berkuatkuasa mulai Januari 2011.

Barangkali itulah merupakan satu-satunya kebaikan yang dilakukan oleh Kerajaan PAS Kedah. Namun ramai pula yang berpendapat, kenaikan tersebut adalah bagi memudahkan PAS Kedah mengutip derma daripada ahli-ahlinya yang ramai hidup dengan bantuan JKM!

Bukankah PAS dengan tabung derma mereka bagaikan babi dengan kubang, berpisah tiada?

Bagi yang kurang faham, Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan sebuah agensi yang tertakluk di bawah Perkara 133, Jadual Bersama Perlembagaan Persekutuan yang berperanan unutk merealisasikan agenda Kerajaan Negeri bagi membangunkan golongan yang kurang bernasib baik ke arah kesejahteraan sosial. Di samping itu, JKM juga berperanan memberi perlindungan dan pemulihan kepada penerima bantuan, mengubah sikap untuk berdikari dan mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang dan mengenal pasti golongan yang berkeperluan dan bermasalah.

JKM melaksanakan tanggungjawab itu menerusi pemberian pelbagai jenis bantuan yang dibiayai melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Bantuan Orang Tua, Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Anak Pelihara dan Elaun Pekerja Cacat dibiayai menerusi peruntukan Kerajaan Persekutuan.

Manakala Bantuan Am Bulanan, Bantuan Latihan Sambil Belajar, Bantuan Geran Pelancaran (Projek Jaya Diri), Bantuan Membina dan Membaiki Rumah, Bantuan Alat Tiruan (ortopedik), Bantuan Persekolahan Pelajar Miskin, Bantuan Geran Kepada Pertubuhan Sukarela dan Bantuan Bencana Alam pula dibiayai melalui peruntukan Kerajaan Negeri.

Bantuan Am Bulanan dan Bantuan Latihan Sambil Belajar dibayar secara bulanan manakala bantuan am yang lain diberi secara sekaligus.

Berdasarkan statistik JKM, peruntukan kewangan yang diluluskan berbanding perbelanjaan bagi tempoh tahun 2009 sehingga 2011 adalah berjumlah RM40.77 juta manakala perbelanjaan adalah berjumlah RM39.29 juta. Bagi tempoh tahun 2009 sehingga 2011, sebanyak 63,261 permohonan bantuan telah diterima oleh JKM. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 28,185 permohonan atau 44.6% telah diluluskan dan 32,143 permohonan atau 50.8% telah ditolak atas pelbagai sebab manakala baki 2,933 permohonan atau 4.6% masih disiasat.

Terdapat beberapa kelemahan serta kepincangan yang telah berjaya dicungkil menerusi siasatan AUDIT.

(a)    (a) Kelewatan membuat siasatan dan kelulusan permohonan baru.
(b)   Kajian semula terhadap penerima bantuan lewat dijalankan.   
(c) Keselamatan agihan wang bantuan secara tunai kurang diberi perhatian yang sewajarnya.
(d)   Bayaran masih diteruskan kepada penerima bantuan yang telah meninggal dunia dan wang yang tidak dituntut lewat dikembalikan kepada Bendahari Negeri.

Ada semacam satu temasya menarik 'simpan dan hilangkan' dalam kes melibatkan wang bantuan untuk golongan miskin ini yang telah dipermain-mainkan oleh golongan tertentu dalam JKM Negeri Kedah. Perlu diingat, ini bukan laporan kosong sebaliknya yang telah disediakan oleh Ketua Audit Negara bagi tahun 2011 untuk Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah Tahun 2011.

Daripada empat kelemahan dan kepincangan yang disebut di atas, kita terus ambil perkara keempat kerana ianya amat menarik untuk diperhatikan dan dinilai semula, terutama oleh kepimpinan negeri yang baru di bawah Mukhriz Mahathir.

Semakan Audit terhadap Cabutan Daftar Alamat di JPN dan Senarai Nama Penerima Bantuan PKMD yang dipilih mendapati 94 penerima telah meninggal dunia di antara tahun 2005 sehingga bulan Julai 2011 tetapi MENARIKNYA, NAMA MEREKA MASIH WUJUD DALAM SENARAI PENERIMA BAYARAN!!!

Pengiraan Audit mendapati sejumlah RM178,180 telah dibayar kepada 94 penerima yang telah meninggal dunia dikira bermula dari bulan pertama penerima meninggal dunia sehingga bulan Julai 2011. Pemeriksaan lanjut pula mendapati bayaran kepada penerima yang telah meninggal dunia berlaku disebabkan tiada koordinasi kepada antara Unit Pentadbiran dan Unit Kewangan mengakibatkan bayaran masih diteruskan walaupun fail penerima bantuan telah ditutup.

Semakan Audit juga mendapati terdapat laporan kajian semula yang tidak tepat kerana mengesyorkan bantuan diteruskan walaupun penerima sebenarnya telah meninggal dunia. Penemuan yang sama juga telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2007 melibatkan Daerah Kuala Muda, Kota Setar, Langkawi dan Bandar Baharu.

Mengikut maklum balas JKM bertarikh 14 Jun 2012, sehingga Jun 2012, sejumlah RM108,560 telah dituip balik daripada 44 akaun penerima bantuan yang telah meninggal dunia dan amaun ini telah dimasukkan ke akaun Bendahari Negeri. Manakala sejumlah RM95,175 masih berada dalam 28 akaun penerima bantuan di bank berkaitan.

Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Mukhriz Mahathir perlu menangani masalah ini secara lebih cermat memandangkan ia membabitkan golongan miskin dan marhein. Perkara terpenting yang perlu diperhatikan ialah kadar bantuan yang dilihat terlalu ketinggalan zaman iaitu antara RM150 sehingga RM350.

Malah perkara terpenting yang perlu dilakukan terlebih dahulu ialah menyiasat dan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai-pegawai yang cuai dalam membuat pembayaran kepada penerima bantuan yang telah meninggal dunia memandangkan perkara yang sama telah dilaporkan pada tahun 2007 lagi. Perlu juga dipastikan wang yang tidak dapat diagihkan perlu dikembalikan kepada Bendahari Negeri dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak disimpan dalam akaun PKMD. Perkongsian data antara JKM dan JPN juga perlu bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai status penerima bantuan pada setiap masa. Perlu juga dibuat bayaran menerusi akaun bank penerima sepenuhnya kecuali bagi penerima yang tua dan uzur selain daripada menyediakan perancangan bagi memastikan kelewatan dalam siasatan, meluluskan permohonan dan kelewatan menjalankan kajian semula dapat diatasi.

Pada zaman barang semua naik harga, apa sangatlah nilai RM150 sehingga RM350 itu. Apatah lagi berlaku pula kepincangan di pihak JKM Negeri Kedah sendiri.

Masalah miskin dan marhein perlu diberikan perhatian yang amat khusus seandainya Mukhriz Mahathir mahu menjadikan UMNO benar-benar sebagai Pembela Rakyat sepertimana yang terdapat dalam Manifesto PRU-13!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan