Jumaat, 2 Ogos 2013

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


Ikan bergigi manusia di kail <b>di Sik</b> | NALURI RAKYAT

Posted: 29 Jul 2013 07:00 AM PDT

Seorang pekerja swasta terkejut setelah mendapati seekor ikan yang dipancing di Tasik Beris, Sik, minggu lalu, mempunyai gigi seakan-akan gigi manusia.

Abdul Ghafar Md Nasir, 44, berkata, kira-kira jam 3 petang, 11 Disember lalu, dia bersama abangnya, Mustafa, 48, adik, Mohd Asri, 35, dan anak saudaranya, Farizul Akmal Mustafa, 22, memancing di Tasik Beris.

Dia yang kini bekerja di Maran, Pahang, sering memancing bersama-sama saudaranya setiap kali pulang bercuti di kampung.

"Sasaran kami ialah untuk memancing ikan haruan dan berbekalkan umpan katak, kami berjaya menaikkan kira-kira 10 ikan haruan.

"Bagaimanapun, inilah kali pertama saya melihat ikan yang memiliki gigi seakan-akan gigi manusia," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan