Khamis, 26 September 2013

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


PANASS!! Lagi Kisah Jemaah Cium Khatib <b>di Pendang</b> <b>...</b>

Posted: 14 Aug 2013 06:13 PM PDT


Semalam Mc ada membuat entri dan mengambil video dari blog MTK berkenaan jemaah cium khatib selepas khutbah. Entri semalam boleh baca kat SINI.

Disini Mc nak buat pembetulan selepas Mc meminta rakan dari Pendang untuk menghubungi Ketua UMNO Bahagian Pendang Datuk Othman Abdul, atau yang lebih dikenali sebagai Tok Man Bedui. Mc meminta penjelasan beliau mengenai perkara cium khatib tu.

Mengikut apa yang dikatakan oleh Tok Man, amalan cium khatib ni menjadi satu turun-temurun di Pondok Chegar, malah ianya menjadi 'adat' wajib apabila raya. Tapi bukan seluruh Pendang amalkan perbuatan begitu, hanya disesetengah tempat saja.

 Mc terima kata-kata Tok Man tu sebagai satu pengalaman Mc baru mengenai 'adat' di Pendang.

Mc juga pernah dengar mengenai amalan-amalan kumpulan 'Tarekat' yang mencium Tok Guru selepas khutbah, tazkirah atau bila berjumpa. Kononnya itu menjadi satu 'adat' atau amalan yang semestinya dilakukan. Kalau tak buat bermakna kita tak menghormati tok guru kita.

Mc tak pertikaikan semua tu, maklumlah Mc pun agama tak tinggi tapi cukup hanya untuk bekalan diri dan family.

Adat tak itu bukan agama, adat tak semestinya berdosa jika tidak dilakukan. Cuma gambaran dalam video itu yang merisaukan kita, tak bolehkah tunggu si Khatib turun dulu sebelum nak cium dan peluk puas-puas. Kenapa perlu panjat, dan tunggu macam harimau nak terkam mangsa?

Pada sesiapa yang pernah lihat video tu pasti berasa amat pelik dan hairan dengan apa yang berlaku. Tak pernah pula tengok Imam besar masjid negara di Putrajaya sana diperlakukan demikian, apakah 'ilmu'  Imam masjid negara tak sehebat tok guru di pondok Chegar tu?

Tolonglah umat Islam Malaysia, banyak sangat rencah tambahan dalam agama kita sekarang ni. Pegang pada Al-Quran dan Hadis sahih, buat apa yang disuruh dan tak perlu memandai atau menambah apa yang tak pernah disuruh.

Ahlul sunnah wal jemaah patuh pada ulul amri, tapi bukan taksub!

McTheory:
Hanya pandangan peribadi..maaf atas kesilapan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan